CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4108|Reply: 1

[Johor] Kubur suspek serang balai Ulu Tiram diletak jauh

[Copy link]
Post time 20-5-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Khemah biru di hujung tanah perkuburan merupakan kawasan kubur suspek.

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini hingga menyebabkan dua anggota polis terbunuh perlu berjauhan dari kubur orang awam yang lain.

Keputusan itu hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah bersidang Jumaat lalu, yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Mesyuarat itu bagi membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam kenyataan hari ini berkata, menjarakkan kubur suspek berbanding kubur lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan pengebumian.

Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

“Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tiram-diletak-jauh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 04:45 PM | Show all posts
pengajaran utk kita yg masih hidup ni. sedangkan mati pn diperlakukan mcm tu apatah lagi kat akhirat kelak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.885068 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list