CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2250|Reply: 0

Man. City belum puas menang trofi

[Copy link]
Post time 21-5-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode

PARA pemain City meraikan kejayaan mereka menjuarai gelaran EPL buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan West Ham 3-1 malam kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola me­nimbulkan spekulasi apabila beliau mendakwa semakin hampir untuk meninggalkan pasukan itu selepas menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Etihad malam kelmarin mengesahkan kejuaraan EPL keenam Guardiola bersama daripada tujuh musim terakhir sejak beliau mula menyertai City pada 1 Julai 2016.

“Realitinya saya semakin hampir untuk meninggalkan (kelab) daripada kekal di sini. Kami sudah berbincang perkara ini de­ngan kelab, tetapi perasaan saya sekarang adalah kekal.

“Saya akan terus berada di sini musim depan dan ketika itu barulah kita akan bercakap mengenai perkara ini. Namun, kita tunggu dan lihat sama ada lapan atau sembilan tahun,” kata Guardiola.

Tiga gol City dalam aksi ter­akhir EPL itu diperoleh menerusi dua jaringan Phil Foden dan satu daripada Rodri, manakala West Ham meledak gol tunggal melalui Mohammed Kudus.

Kemenangan itu memboleh­kan The Citizens ditabalkan sebagai juara musim ini dengan kelebihan dua mata ke atas Arsenal yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua buat kali kedua berturut-turut.

Ia sekali gus menjadikan City memahat sejarah baharu sebagai kelab pertama memenangi empat gelaran EPL berturut-turut.

“Tiada pasukan melakukannya. Ini menunjukkan betapa sukar untuk mencapai tahap ini. Liverpool pada 1980-an, Alex Ferguson bersama United pada 1990-an. Chelsea dengan (Roman) Abramovich dan Jose (Mourinho), Arsenal dikendalikan (Arsene) Wenger juga gagal melakukannya.”

“Saya fikir memenangi EPL empat kali, tiada pasukan me­lakukannya sebelum ini, bermakna kami berada di atas sana (pasukan terhebat dalam sejarah EPL),” jelas Guardiola.

Dalam masa sama, Guardiola turut memberi jaminan anak-anak buahnya masih belum puas dan kini menyasarkan satu lagi trofi iaitu Piala FA menjelang aksi final menentang seteru setempat, Manchester United di Wehttps://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -menang-trofi/mbley pada 25 Mei ini. – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.043373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list