CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2052|Reply: 0

Slot ganti Klopp di Anfield

[Copy link]
Post time 21-5-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode

SLOT dikhabarkan mengikat perjanjian tiga tahun bersama Liverpool. -FOTO AFP

London: Liverpool mengesahkan bahawa jurulatih Feyenoord, Arne Slot akan menjadi pengurus baharu kelab Liga Perdana itu, 24 jam selepas perpisahan penuh emosi Jurgen Klopp di Anfield.

Liverpool dalam satu kenyataan berkata, pengendali Belanda itu, 45, akan memegang jawatan ketua jurulatih bermula 1 Jun, tertakluk kepada permit kerjanya.

Liverpool bagaimanapun tidak menyatakan tempoh kontraknya tetapi berdasarkan dilaporkan secara meluas dalam akhbar British, Slot menandatangani perjanjian tiga tahun.

Kedatangan pengurus baru itu adalah rahsia terbuka dengan Liverpool dilaporkan bersetuju dengan perjanjian pampasan bernilai sehingga £9.4 juta (RM55.95 juta).


Slot mengesahkan Anfield adalah destinasi seterusnya pada sidang media pra perlawanan terakhirnya di kelab Eredivisie pada hari Jumaat.

Klopp, 56, pada Januari mengumumkan bahawa musim 2023/24 akan menjadi musim terakhirnya di Anfield dan mengendalikan perlawanan terakhirnya pada hari Ahad, dengan kemenangan 2-0 menentang Wolves.

Dalam ucapan perpisahannya kepada penonton pengendali Jerman itu menggesa peminat untuk memberikan sokongan penuh mereka kepada penggantinya, membawa mereka melaungkan "Arne Slot, na na na na na."

"Anda mengalu-alukan pengurus baharu seperti anda mengalu-alukan saya," katanya. "Anda memberikan segala-galanya dari hari pertama. Dan anda terus percaya dan anda mendorong pasukan."

Slot, dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham tahun lalu, menjadi bos Feyenoord pada 2021 selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika memegang tampuk pengurusan pertamanya di AZ Alkmaar.

Dia membawa gergasi Belanda itu ke final Liga Persidangan Europa sulung pada penghujung musim pertamanya yang mana mereka tewas tipis 0-1 kepada Roma, skuad kendalian Jose Mourinho.

Slot kemudiannya memberikan kejuaraan liga kedua dalam tempoh 24 tahun kepada De Kuip musim lalu sebelum menandatangani perjanjian baru selama tiga tahun.

"Anda boleh melihat orang ramai benar-benar sedih selepas anda pergi," katanya.

"Anda boleh mengatakannya dengan kata-kata, tetapi apabila anda melihatnya raut wajah mereka, ia memberi kesan kepada saya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ti-klopp-di-anfield
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.236426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list