CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8362|Reply: 0

Onana pertahan pemain muda Man United

[Copy link]
Post time 21-5-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana sedia menerima kritikan di atas prestasi buruk pasukan. - Foto AFP

MANCHESTER: Andre Onana berkata, dia sedia menerima kritikan bagi mempertahankan rakan sepasukan Manchester United yang lebih muda.

Onana, 28, salah seorang daripada bintang senior di dalam skuad Manchester United kendalian Erik ten Hag.

Musim ini mereka menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kelapan, penamat terburuk kelab di kejohanan itu.

Kebanyakan kritikan ditujukan kepada barisan pertahanan United, dengan lawan berjaya melakukan 660 percubaan ke arah gawang Red Devils, kedua terburuk selepas pasukan tercorot, Sheffield United.


Bagi Onana, punca utama ialah kecederaan tonggak pertahanan pasukan, namun dia bimbang kritikan akan menjejaskan pemain-pemain muda di dalam skuad.

Menurutnya, ia menjadi tanggungjawab bintang-bintang senior termasuk dirinya, kapten Bruno Fernandes, Casemiro dan Harry Maguire untuk menyerap kritikan terhadap pasukan.

Ketika ditanya oleh ikon Man United, Gary Neville berkenaan kritikan ke atas pasukan, Onana berkata: "Bagi saya, saya tidak mempedulikannya.

"Saya menyertai pasukan ini dengan persediaan untuk dikritik, kerana kami masih dalam pembangunan - ketika ini, kami tidak berada di tahap terbaik.

"Ada pasukan lain yang beraksi lebih baik berbanding kami dan kami perlu jujur serta mengakuinya.

"Jika ada yang tidak kena, jangan salahkan pemain-pemain muda - saya di sini untuk menerimanya, Bruno, Casemiro dan Harry juga sudah biasa dikritik.

"Kami cuba mengikut jejak anda dan apa yang anda lakukan. Bagi saya, saya tidak kisah, tetapi orang lain mungkin terjejas. Bagi saya, ia sebahagian daripada permainan ini."

Walaupun berdepan jumlah percubaan yang tinggi, Onana hanya dibolosi 58 gol dan meletakkannya sebagai penjaga gol terbaik liga dengan kadar menyelamat 74.9 peratus.

Man Utd berjaya menang bersih pada perlawanan terakhir menentang Brighton, dengan Onana sekali lagi beraksi cemerlang menyelamatkan deretan percubaan lawan untuk tidak dibolosi buat kali kesembilan musim ini.

Misi terakhir Man United ialah memastikan kemenangan pada aksi final Piala FA menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Wembley, Sabtu ini.

"Ia perlawanan yang penting buat kami, terutama apabila berada di final dan orang hanya akan mengingati pemenang.

"Kami ke sana untuk menang, kami adalah Manchester United. Kami tidak boleh turun dengan mentaliti yang kami akan kalah, jika tidak lebih baik jangan masuk ke padang.

"Kami ke sana untuk menang, kami mempunyai pemain-pemain bagus yang banyak personaliti dan pengalaman," kata Onana. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ain-muda-man-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054370 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list