CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15537|Reply: 0

Jetour X70 Plus dipamer di Malaysia

[Copy link]
Post time 26-5-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode

Selain model Dashing, Jetour turut mempamerkan satu lagi SUV keluarannya, X70 Plus menerusi Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di Maeps, Serdang. SUV segmen-D tujuh tempat-duduk ini dijangka mampu memberikan persaingan buat Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Pro.

Bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun ini, seperti Dashing, X70 Plus juga akan ditawarkan dengan dua varian iaitu Prime dan Signature. X70 Plus berukuran 4,724 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,720 mm tinggi, dengan jarak roda 2,720 mm. Manakala ground clearance cecah 144 mm.

Hanya satu enjin sahaja ditawarkan untuk Malaysia iaitu 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa 150 PS pada 5,500 rpm dan tork 230 Nm antara 1,750 hingga 4,000 rpm. Penjana kuasa ini sama seperti yang diberikan kepada Chery Omoda 5, dan ia dipadankan dengan transmisi dwi-klac basah enam-kelajuan berbanding CVT.



Untuk pengetahuan, X70 sebenarnya model lama, yang telah berada dalam barisan Jetour sejak tahun 2018. Walau bagaimana pun versi Plus ini boleh dianggap sebagai facelift yang komprehensif (bukan yang terkini seperti yang ditunjuk di Beijing bulan lalu) dan ditambah dengan lampu utama yang lebih menarik, gril haksagon yang lebih besar, sekeliling tingkap dengan kemasan krom penuh, lampu utama lebar sepenuhnya dan dua paip ekzos (palsu). Kedua-dua model ini juga didatangkan lampu utama LED automatik, serlahan luaran merah, rel bumbung dan roda aloi dua-tona 19-inci.

Di dalamnya, kelihatan panel widescreen ala-Mercedes dengan paparan berkembar 10.25-inci, di samping skrin berasingan untuk pendingin hawa. Ciri standard yang turut diberikan termasuklah kemasukan pintar, butang penghidup enjin, pedal penukar gear, kawalan kelajuan, tempat duduk pemandu larasan kuasa dengan enam-cara, upholstery kulit, Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar WI 50-wat, empat-pembesar suara, sistem kamera 360-darjah dan tailgate kuasa.



Ciri tambahan diberikan untuk varian Signature iaitu bumbung suria kaca panoramik, tempat duduk pemandu dengan fungsi memori dan pedal metal. Bagi aspek keselamatan, Prime diberikan empat beg udaga dan brek kecemasan autonomous, sementara Signature ditambah beg udara tirai (kesemuanya enam beg udara), pemantauan titik buta, bantuan kekal lorong, kepekaan trafik lintasan belakang dan amaran membuka pintu.

Dengan nama X70 bagi model keluaran Jetour ini, pastinya akan menimbulkan kekeliruan dengan Proton X70. Sebelum ini wakil Jetour ada memaklumkan kemungkinan besar SUV keluarannya ini akan diberikan nama lain untuk pasaran Malaysia, namun hingga kini tiada pengesahan mengenainya.

https://paultan.org/2024/05/23/j ... -nm-dct-6-kelajuan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.349142 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list