CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8253|Reply: 0

FA perketat kawalan final Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 29-5-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode

Insiden kekecohan di luar Stadium Wembley sebelum dan ketika final Euro 2021 antara tuan rumah England dengan Itali. – Foto REUTERS

LONDON: Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris menyatakan ia sudah membelanjakan £5 juta (RM29.9 juta) bagi meningkatkan tahap keselamatan di Wembley sekali gus mengelak ulangan insiden keganasan yang mencemari final Euro 2020 apabila gelanggang di London itu menjadi pentas final Liga Juara-Juara hujung minggu ini.

Satu reviu badan bebas mengenal pasti lebih 20 kejadian yang boleh menjurus kecederaan parah atau kematian susulan individu tanpa tiket cuba masuk stadium ketika final antara England dengan Itali pada Julai 2021.

Masalah juga tercetus di gelanggang final Liga Juara-Juara 2022 dan 2023, masing-masing di Paris dan Istanbul.

Kelab Jerman, Borussia Dortmund dan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid akan bertemu pada final musim ini di Wembley awal pagi Ahad ini, dengan pegawai berjanji mereka akan mempunyai "pelan ujian yang mantap dan komprehensif" bagi tiket digital dan pemeriksaan keselamatan.


Pengarah kejohanan dan acara FA, Chris Bryant berkata: "Kami melakukan sebaik mungkin untuk memastikan penyokong tiba dengan lancar dan mengharungi pengalaman menarik ketika mereka datang ke stadium."

FA, yang sudah mencuba cara baharu itu pada final Piala Liga dan Piala FA berkata, penyokong boleh memasuki Wembley empat jam sebelum sepak mula berbanding dua jam sebelum ini, dengan Transport for London melaksanakan perkhidmatan tambahan bagi membantu aliran masuk dan keluar peminat dari gelanggang itu.

Bryant mengakui susulan pandemik COVID-19, khidmat pengawal perlawanan menjadi isu utama pada final Euro 2020, menegaskan perlawanan awal pagi Ahad ini akan menyaksikan "pembabitan paling besar pengawal perlawanan dalam sejarah Stadium Wembley."

Beliau menambah: "Kami sudah meningkatkan kekuatan semua pintu kerana pada final Euro peminat cuba memecah masuk. Pintu itu dikunci dengan sistem kunci magnet dan kami meletakkan sistem kunci tambahan pada setiap pintu di sekeliling stadium.

"Kami tidak pernah meramalkan keadaan seperti itu bagi final Euro dan saya tidak pasti kami akan melakukannya lagi tetapi kami belajar sesuatu dan langkah tambahan sudah dilaksanakan." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... al-liga-juara-juara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052422 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list