CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4067|Reply: 0

Real Madrid perkenal Mbappe selepas final

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Bintang Perancis, Kylian Mbappe menandatangi jersi Real Madrid salah seorang peminat ketika sesi latihan pasukan kebangsaan itu. - Foto AFP



MADRID: Real Madrid akan memperkenalkan Kylian Mbappe sebagai bintang baharu mereka Isnin ini.

Ikon bola sepak Perancis itu sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, dan dijangka akan menyertai gergasi Sepanyol itu sebagai ejen bebas pada musim panas ini.

Real kendalian Carlo Ancelotti akan berdepan Borussia Dortmund pada final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley awal pagi esok, dan sebaik ia berakhir, proses menandatangani Mbappe akan diselesaikan.

Media Perancis melaporkan yang Mbappe akan diperkenalkan sebagai pemain baharu Real Madrid pada Isnin, kurang 48 jam selepas final di Wembley, tetapi sebelum komitmen antarabangsanya dengan Perancis di Euro 2024 bermula.


Ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan pada Khamis, Mbappe bertemu peminat, dan turut menandatangani baju Real Madrid yang dipakai oleh salah seorang daripada mereka.

Mbappe meninggalkan PSG sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu, dengan 256 gol dalam 308 penampilan sepanjang tujuh tahun di Paris. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... bappe-selepas-final
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.369348 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list