CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3974|Reply: 0

[Selangor] Dua remaja ditahan, baling pasu ke arah balai polis

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Serdang: Dua remaja lelaki ditahan semalam, selepas dipercayai membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada jam 4 petang.

"Semakan dilakukan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

"Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, kami merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

"Ini termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, pihak polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-duanya pada hari kejadian dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang pada 2 Jun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ke-arah-balai-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041313 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list