CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1992|Reply: 0

Nagelsmann enggan salahkan Neuer

[Copy link]
Post time 8-6-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode

NEUER gagal menangkap kemas bola yang menjadi punca gol pertama pihak lawan. FOTO Reuters

Monchengladbach, Jerman: Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann berkata dia "tidak akan membenarkan sebarang perbincangan mengenai Manuel Neuer" selepas penjaga gol veteran itu melakukan satu lagi kesilapan ketika mereka melakar kemenangan dalam aksi persahabatan 2-1 ke atas Greece di Moenchengladbach.

Neuer bertanggungjawab untuk gol pembukaan, apabila dia gagal menangkap kemas rembatan Christos Tzolis yang kemudiannya muntah di hadapan Georgios Masouras untuk dia menjaringkan gol pembukaan.

Penyerang Arsenal, Kai Havertz menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua dan pemain Brighton, Pascal Gross menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir untuk menghidupkan perlawanan.

Fokus selepas perlawanan bagaimanapun tertumpu kepada Neuer, dengan penjaga gol Barcelona Marc-Andre Ter Stegen memerhati dari bangku simpanan ketika dia kembali ke stadium asalnya.


Nagelsmann sebelum ini berjanji untuk menjadikan Neuer sebagai pilihan pertama untuk kejohanan yang akan bermula Jumaat depan apabila Jerman berdepan Scotland di Munich.

Neuer yang berusia 38 tahun membuat kesilapan ketika Jerman seri tanpa jaringan dengan Ukraine Isnin lalu dan juga melakukan kesilapan penting sewaktu Bayern Munich tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid pada Mei.

"Saya tidak akan memberi sebarang komen mengenai Manuel Neuer, walaupun semua orang akan mencuba.

"Apabila dia melakukan kesilapan, mudah untuk menuding jari kepadanya. Tetapi ia adalah hasil kesilapan bersama.

"Dia turut menyelamatkan keadaan dengan begitu baik sebanyak tiga kali sepanjang permainan - mungkin tidak dapat dilakukan oleh penjaga gol lain. Semuanya baik-baik belaka," kata Nagelsmann.

Ter Stegen yang sedekad bersama Barcelona, enam tahun lebih muda daripada Neuer tetapi hanya bermain apabila penjaga gol utama itu cedera.

Nagelsmann hanya menyenaraikan Neuer, Ter Stegen dan Oliver Baumann untuk posisi penjaga gol dalam skuad Euro 2024.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ggan-salahkan-neuer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051245 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list