View: 12099|Reply: 99
|
Misteri Kehilangan Kroit dari board MPS
[Copy link]
|
|
Hah, tajuk tak beragak, interframe sungguh,
mengom..
kroit tepek balik cerita kroit kat sini ye,
menjawab persoalan-persoalan seperti:
"Adik kroit! Lama tak nampak!"
haa, nilah sebabnya kroit tak ada selama beberapa bulan,
err, tahun kot?
alright then, cerita ni first amik port semasa kroit masih lagi 17 tahun, di tingkatan 5,
pada tahun 2009, (yeah SPM!!)
semasa di sekolah, kroit memegang jawatan sebagai seorang pengawas (prefect),
jadi, adalah jatuh hukum wajib untuk kami pergi kem dan menghadiri ceramah yang bertujuan untuk meningkatkan leadership dalam diri kami..
jadi, ada satu kem tu, tempat dia agak keras dan jauh di dalam hutan,
masa tengah ceramah waktu malam tu, kitorang duduk di tempat terbuka,
berlantaikan simen dan berbumbungkan atap zink, tiada dinding di kiri dan kanan,
dan belakang kami, (depan tu dorm),
selepas aktiviti petang redah hutan bagai, biasalah kan,
meranduk dalam sungai yang panjangnya entah berape jauh daa,
maka, malam tu semua penat pegi ceramah,
time tengah aktiviti malam tu,
kroit, dan beberapa orang lagi kawan kroit nampak ada satu cahaya kilat warna merah dalam hutan kat sebelah kitorang,
bukan kilat, ianya lebih kepada cahaya merah yang bergerak laju, seakan-akan membentuk kilat, zig-zag gituu,
(orang kata tu Pocong, entah)
maka, lepas kem tu, semua orang berpenat lelah,
malam lusa, kroit dan kawan2 pegi study group,
time study group tu, tiba-tiba hujan kilat, angin kuat bagai,
kroit nak motor datang rumah kawan, jadi kami yang datang jauh terperangkap di situ,
(study group dalam 5-6 orang, alhamdulillah semua dapat at least 4A dan ke atas)
sejak sampai tu, kroit dapat rasa kehadiran satu, selain daripada kami semua,
bila tengok tingkat atas, ada satu lembaga hitam, botak tengah tengok kroit parking motor,
kroit buat tak tau, asalkan jangan kacau kitorang,
then, masa tengah study tu, kawan kroit sorang ni dok tengok je tangga hujung blok tu,
(kroit memang perasan benda tu dok tengok kitorang, dia main lari naik turun tangga),
kroit pun tarik dia perlahan-lahan, dan bisik,
"Aku tau apa kau nampak, kau nampak benda hitam, botak main lari naik turun tanggakan?
Sekarang aku nak kau diam je, jangan bagitau sape-sape, jangan bising, sini ramai perempuan (5 orang), diorang lemah semangat, nanti takut. DIAM..", kroit pesan kat dia.
dan kami pun meneruskan belajar..
haa, lepas tu baharu hujan kilat guruh berdentum-dentam angin kuat semua datang,
jadi, kitorang pun kemas buku-buku nak balik,
tapi.. budak ni memang tak reti jaga mulut,
kroit tengah gulung tikar, pusing belakang je nampak budak perempuan berkerumun dekat dia,
"Korang tau tak, tadi aku nampak ada benda hitam, botak, memang menakutkan! Dia main lari turun naik tangga dekat sana tu! Ee, seram seyh!"
dan reaksi yang dijangkakan, budak perempuan takut, ada yang nak lari masuk tuan punya rumah lah,
ada yang nak redah hujan kilatlah..
then, kroit pun mencelah dengan geramnye..
"Aku dah kata, jangan cakap!..", tiba2 angin bertambah kuat dan tempias,
menurut radar kroit ( )
benda tu ada kat atas kitorang, sedang melihat, haa, sape suruh sebut-sebut, kan dah datang..
then, with the permission of the TT (tuan tanah)
kami berempat pun tumpang berteduh dalam rumah.
sedang menunggu hujan berhenti, jam menunjukkan pukul 12.30 am,
malam Jumaat lak tu, memang malam favourite semua orang,
akhirnya, kawan kroit yang tadi tegur kena sampuk,
badan dia jadi berat tiba-tiba, tak boleh bangun, nak angkat kepala pun payah, tengkuk berat katanya,
(aiyookk, aku dah kata tadi, padan muka, ahaa, tak tauu)
nasib baik tuan rumah, ataupun bapak kawan den ni ade connection,
dia called kawan dia, scan dari jauh, memang ada benda kacau,
then beliau bagi ayat sikit untuk ubat kawan den yang memang molot bosar sangat neh,
masa tu kawan kroit dah dibaringkan di lantai,
(time angkat dia tu berat omaakk aii, 3 orang angkat kot!)
maka, selepas operasi membaik pulih kawan kroit nih,
segalanya selesai, kroit pun balik dengan gembiranya,
dan ponteng sekolah besoknya, ahahahaha
* * * * *
ni baharu mukadimahnya,
panjang lak aii,
introduction jek,
kaitan cerita di kem dan juga di study group,
kejadian berlaku dalam seminggu,
nampak benda pelik time tengah kem,
kemudian kawan kroit yang pergi kem sekali dengan kroit tu, kena sampuk time study group,
lepas semua benda tu berlaku.. baharu kroit perasan, benda pelik yang berlaku pada diri kroit..
jeng jeng jeng..
dan cerita pun bermula di sini..
sebentar ya, sedang menaip. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selepas peristiwa tersebut,
kroit perasan ada perubahan pada diri kroit,
kepala ni rasa berat semacam je,
asyik berfikir benda bukan-bukan je,
asyik fikir nak mengamuk je, memang rasa macam orang gila.
menganggu sungguh pelajaran.
kadang-kadang,
pandangan kroit akan jadik MERAH,
then, macam ada screen depan mata, menunjukkan kroit sedang mengamuk,
pukul orang sana-sini, kawan-kawan, cikgu-cikgu, pelajar-pelajar kat sekolah..
kroit nampak macam kroit tengah bersilat,
pusing-pusing badan ala-ala pilem kungfu,
pegang tangan orang, tarik sampai patah-patah,
tendang rusuk, pusing kepala, sepak pinggang,
macam-macamlah cara dan gaya yang kroit sendiri tak terfikir untuk mematahkan orang..
lompat berpusing tendang kepala paling bergaya antara semua..
kroit hanya mampu berzikir dan menahan diri,
memang pelik sebab terbayang ke tahap macam tu sekali.. dan ianya di luar kawalan..
nafas naik turun dengan lajunya,
satu badan jadi panas,
tangan ni sekejap genggam, sekejap buat macam cakar,
mendengus, suara garau semacam,
kawan-kawan kroit kata kroit panas baran, kejap-kejap nak marah,
family pun sama kata kroit garang semacam..
perkara ni berlanjutan selama berbulan-bulan lamanya..
sehinggalah selepas SPM, sehingga dapat result..
daripada 2009 sehingga 2010.
NAIK GUNUNG LEDANG
alright, ada satu cuti sekolah tu, seminggu kot,
family kroit balik kampung di Johor,
jadi, kitorang pun ambil peluang ni untuk bermandi-manda di Gunung Ledang,
Ya Allah, ramainya orang kat sana.. full!
bahagian kolam bawah-bawah, memang mampat dengan orang,
kroit paksa mak panjat gunung tinggi sikit, mandi kat atas sikit,
mak tak mau, mak penat berjalan, kesian mak..
tapi kroit paksa jugak, ngeh ngeh ngeh, jahat sungguh diriku ini..
agak-agak dah tinggi sikit tu, orang pun tak berapa ramai,
kitorang pun parking dan start berendam,
lantaklah orang ramai, asalkan dapat merasa air Gunung Ledang.
masa dalam kereta lagi kroit dah pesan kat adik-adik kroit,
pergi ke tempat macam ni, kita kena jaga tingkah laku kita,
jangan buang sampah merata-rata, iye la, jaga kebersihan gunung ni, sayang kalau kotor,
time mandi, jangan kencing dalam air, kalau nak pegi tandas,
tapi alhamdulillah semua dah kencing kat rumah, takde la yang nak melepas dalam air,
kalau ada jugak tak taulah..
time mandi tu, kroit kutip kaca-kaca dalam lantai sungai tu,
Ya Allah, bahaya sangat!
kaca botol banyak, sampah bagai..
baling ke tepi sungai.
tapi serius, time mandi, berendam dalam air sejuk,
dengar air mengalir, redup je bawah pokok-pokok,
pokok pun cantik je tinggi atas kepala..
dah mandi semua, balik laaa..
cerita bermula waktu malam,
bila kroit tengah tido,
kroit bermimpi dijemput naik ke Gunung Ledang oleh "orang sana",
huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam adik kroit.....adik kroit blaja mana skang? |
|
|
|
|
|
|
|
adik kroittttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
salam adik kroit.....adik kroit blaja mana skang?
tarabas1976 Post at 3-4-2011 15:59
belajar asasi, tak habis lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan:
ada seorang pacek ke abang ke,
tak taulah,
berpakaian putih dan berkopiah, dia ajak kroit naik Gunung Ledang,
kroit yang terpinga-pinga, ikut jelah.. hmy3:
kitorang macam masuk Gunung Ledang yang lain??
entahlerr.. agak keliru even for me.
sepanjang kitorang naik tu,
dia tunjuk kat kroit tingkat Gunung Ledang nih,
ada berape puluh tingkat entah, 27 something, tak ingat nombor tu.
then dia kata, dulu, kalau nak jawatan istana, kena amik ujian dulu,
setiap tingkat ni untuk jawatan istana yang berlainan,
pelik-pelik semua nama jawatan tu,
yang kroit ingat dengan jelas, tingkat ke-13, jawatan Mira Bentara,
apa ke benda pun tak taulah.. kroit ingat sebab Mira tu senang ingat, Bentara lak memang pernah dengar..
then, kitorang pun sampai kat satu tempat ni,
besar ya amat, syiling rumah tu entah-entah tinggi 2 pokok kelapa,
pastu penuh dengan berlian berwarna-warni dilekatkan di syiling "rumah" tu,
zamrud, nilam, etc, etc, etc..
cantik sangat-sangat! tak pernah tengok macam tu!
putih je, nampak luas, takde corak ke, hiasan apa ke kat rumah tu,
ada beberapa orang kat dalam rumah tu, jalan-jalan,
kroit masuk diorang pandang and senyum,
kroit diam je lah, tengah confuse tahap level 5.
yang perempuan berbaju putih, bertudung putih,
yang lelaki berbaju putih of course, kopiah dengan selendang putih kat bahu,
then ada sorang pacek berjanggut ni, jemput kroit duduk atas kerusi,
beliau pun duduk sekali, agak garang pacek nih..
"Hah, cerita, apa kena dengan kamu ni."
err, kroit pun tak faham mulanya apa yang beliau maksudkan,
then terdetik kat hati kroit mengenai masalah yang kroit pendamkan ni.
kroit pun citer, (ce citer, ce citer)
mengenai kejap-kejap marah.. mimpi bukan-bukan,
selalu perasan yang diri ni ada cakar, macam rimaulah..
semua kroit cerita..
habis je cerita.. straight kena marah..
"Tulah kau! Ikut sangat dengan perasaan! Kau jangan ikut sangat apa yang kau rasa tu!..."
terkejut kroit bila beliau tinggikan suara dan marah kroit,
then ada lagi yang dia cakap, tapi tak berape ingat..
habis je dia cakap, kroit kena halau, huwaa, sedih tauu..
"Dah, kau turun dari sini!", fiunng, kroit melayang keluar jauh dari Gunung Ledang,
melayang-layang jap,
then kroit nampak body kroit tengah tido, terus masuk dalam badan balik..
baharu terbangun.
"Astaghfirullahhalazim, bermimpi rupanya.."
sungguh realistik dan fantastik mimpi daku sebentar tadi.
lepas mimpi aneh tersebut, kroit diamkan je lah,
iye lah kan, mimpi je pun, sape nak percaya kalau kroit cerita..
seminggu cuti sekolah, beberapa hari di Johor,
next, pergi Perak pula, melawat saudara di sana..
kat Perak kroit dapatkan nasihat dari Nek Pah,
siapa Nek Pah? haaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdop orang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
macit ilahada kat sini dear...teruskan.....macit ilah nak tahu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
BERUBAT DENGAN NEK PAH.
jadi, ada satu hari tu,
kroit sekeluarga bermalam di rumah saudara di Ipoh, Perak,
tidur rumah mereka ni best, jiran-jiran semua rapat,
time malam je makcik pakcik datang rumah, makan-makan, sembang-sembang..
jadi, ada sorang nenek tu, kitorang panggil dia Pah (nama sebenar tidak disebut),
dah cop dari petang, nak berubat ngan dia.
beliau pandai mengubat orang.
bukan ape main cop-cop ni,
dia ni dengan suami dia busy waktu tu, cuti sekolah, almaklumlah.
jadual penuh dengan kenduri kahwin,
walhal naik motor je, ahahahaha,
romantik la pulakk..
jadi, malam pun tiba,
masa nak berubat tu,
mangkuk berisi air dah letak,
limau dah tersedia,
pisau nak potong limau kat sebelah,
daun pandan beberapa helai..
mula-mula macit den interframe,
"Nak ubat resdung untuk anak haa, tengok jerawat dia tuu.."
adoii makcik kuu..
then, giliran kroit, abah duduk atas kerusi tengok dari jauh,
mak cuit-cuit kroit suruh bagitau,
"Haa, cakaplah apa masalah kau ni, nak sangat berubat.."
kroit pun duduk depan Pah,
"Macam ni, badan ni selalu panas, asyik nak mengamuk je."
mak sambung, "Dia ni panas baran, habis semua orang nak dimarahnya."
lepas tu nenek Pah tu pandang kroit,
"HAHAHAHAHA!",
hampeh, kena gelak pulak.
tapi beliau gelak comel
memang impossible orang nak percaya kroit panas baran kalau tengok muka,
orang kata muka innocent habis..
lepas tu kroit pun cerita masalah kroit,
nampak tu nampak ni, selalu nak mengamuk bagai,
dot dot dot dat dat dat, yada yada yada..
maka, Pah pun start potong limau kasturi, dan letak dalam mangkuk berisi air tu,
Pah baca doa dan mula mengacau air tu guna pisau kecik tadi,
wah, macam cerita Nujum Pak Belalang la,
Pah tenung je air tu lama-lama, entah ape Pah tengok,
kejap-kejap muka berkerut-kerut.
kroit duduk depan tu diam, pastu tergelak,
"Hahaha, tak nampak pulak, lagi 3 Jumaat la ni..", uish, celupar botul molut den..
then, Pah pun start bercakap,
"Ni dah lama kena dah ni, dekat setahun dah ni. Tak boleh biar lama-lama lagi ni.", dengan seriusnya Nek Pah bagi report.
bila kroit ingat-ingat balik, kalau setahun dari sekarang ni, maybe hari kroit di kem masuk hutan,
Wallahualam Bissowab.
Nek Pah bercakap lagi,
"Ni, ada tak dengar-dengar suara orang berbisik ke, suruh buat benda bukan-bukan ke, ade?"
kroit pun cuba recall,
"Urm.. Rasanya ada, dia selalunya suruh kroit pukul kawan-kawan. Tapi kroit buat tak taulah."
"Haa! Itu yang bahayanya tu! Itu pasal ada kes orang dengar suara bisikan lepas tu bunuh orang lah, sembelih.. Ni baru-baru ni, ada orang bunuh satu keluarga, dia sembelih kepala lepas tu tanam kepala tu, keluar tv tu! Nanti boleh jadi gila pulak!"
adess, kroit kena marah..
after that, kroit pun cerita pengalaman mimpi naik Gunung Ledang,
menurut Nek Pah, "orang sana" maybe bagi hint kat kroit,
first, dia kata orang sana pun marah jangan ikut perasaan,
second, 13 tingkat tu maybe 13 different level penyakit pelik kroit nih, dan kalau kroit berjaya lawan perasaan, nanti kroit sihat terus, sebab tu lah kena halau terus jatuh gunung, maksudnya dari tahap teruk pun boleh pulih seperti biasa..
kroit nganga kejap,
time tu macek pacek tadi dok ejek-ejek kroit,
jadik cerita "Waris Jari Hantu".
cait!
maka, Nek Pah pun bacalah doa dekat air satu botol dan serahkan pada kroit,
untuk diminum setiap hari dan disapukan pada muka setiap pagi.
pesannya lagi, solat jangan tinggal, selalu berzikir, dan berdoa.
"Jangan layan sangat perasaan tu!", adeih.. kena marah lagi..
tetapi.. haaa..
kroit tak sihat sampai situ je,
Alhamdulillah, kroit sihat "sikit" lepas jumpa Nek Pah.
but not COMPLETELY..
beberapa bulan selepas itu,
kroit pun masuk U, semester 1, 2010/2011.
belajar apa semua,
kroit perasan something fishy pasal mata kroit nih,
selalu nampak benda-benda pelik, lebih kerap dari sebelum ni,
asyik kena kacau, kena ganggu,
bayangkan time tido, ada orang dok berdengkur kiri kanan!
belajar tengah malam sorang-sorang, ada bunyi gelang ke, loceng entah la, berjalan sana-sini,
kejap-kejap ada orang panggil-panggil nama kroit, tapi takde sape pon?
masuk bilik, terkejut nampak ada budak kecik pakai goun putih, tiba2 hilang..
ahh, makin berat nih.. :@
then, berikhtiar lagi, dugaan dan ujian sungguh!
Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini, amin.
Raya Haji, 2010.. di kampung, Perak. (bangga teman yeop! Kak Limah sekampung!)
Hari Pertama, lepas balik solat sunat di masjid,
duduk saje kat rumah di kampung..
Pakcik baharu balik dari klinik,
katanya, doktor mengesahkan dia ada kanser,
what the fish?!
what the lemang, ketupat, rendang semua keluar, terkajut..
then, pakcik pun kata,
nak cuba dulu berubat cara kampung, lepas tu baru pegi klinik or hospital.
ahhaaaa, ni baru best nih.. baru nak capai klimaks kekdahnye,
teman pun dah seronok nih,
ekau tak seronok ko jang? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# ilahkhatibrani
dah tepek lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Ooooo!!! Patut la lama x nampak kroit kat bod lain2 tu. Semuga kroit bertambah pulih
Dah solat asar? Kalau kita jaga solat n amal sunnah2 nabi sebanyak mungkin, InsyaAllah akan kurang gangguan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# HOTlips
Waalaikumsalam hotlips, terima kasih,
alhamdulillah sekarang dah pulih dah.. tu yang kepala otak jadi bengong, gila-gila balik nih, hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Pacit Tarabas pun ado kek sini......teruskan adik kroit. |
|
|
|
|
|
|
|
kroit
asl please |
|
|
|
|
|
|
|
kroit
asl please
nik2121 Post at 3-4-2011 20:12
asl tu ape? |
|
|
|
|
|
|
| |
|