CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 0

[Kedah] Lagi dakwaan kes kencing tikus, Taman Eko Rimba Puncak Janing ditutup sementara

[Copy link]
Post time 24-6-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Lagi dakwaan kes kencing tikus, Taman Eko Rimba Puncak Janing ditutup sementara


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 24, 2024 @ 1:14pm [email protected]





Notis penutupan sementara Taman Eko Rimba Puncak Janing, Padang Terap, bermula hari ini berikutan terdapat dakwaan kes pengunjung dijangkiti kencing tikus. NSTP/Facebook JKN





ALOR SETAR: Taman Eko Rimba Puncak Janing, Padang Terap, di sini, ditutup sementara bermula hari ini berikutan terdapat dakwaan kes pengunjung dijangkiti kencing tikus.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhammad Abdullah, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat bersama pegawai daerah berkenaan selepas dilaporkan terdapat individu yang mengalami simptom dijangkiti kencing tikus selepas berkunjung ke pusat peranginan itu.

Katanya, pihaknya sudah memasang tali amaran bagi mengelak pengunjung ke kawasan terbabit.

"Ada kes individu bergejala dijangkiti kencing tikus. Sekarang Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap sedang melakukan pemantauan dan siasatan, kita tunggu pengesahan daripada mereka dahulu.

"Kita sudah tutup buat sementara bagi mengelakkan pengunjung berkunjung sehingga keadaan kembali selamat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad berharap penduduk setempat tidak menceroboh ke kawasan itu kerana notis penutupan sudah dikeluarkan.

Terdahulu, Facebook milik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah turut berkongsi notis penutupan taman eko rimba berkenaan bermula hari ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penutupan sementara itu adalah langkah pencegahan awal berikutan dakwaan kes penyakit kencing tikus.

Sebelum ini media melaporkan, dua pengunjung menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negeri ini kerana disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus selepas berkunjung ke Taman Eko Rimba Lata Bayu, Baling.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list