CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8358|Reply: 0

[Kedah] Nenek maut nahas, kereta terbabas masuk longkang

[Copy link]
Post time 25-6-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Nenek maut nahas, kereta terbabas masuk longkang


Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Kemalangan yang berlaku membabitkan dua kereta di simpang tiga NCT, Bakar Arang yang menyebabkan seorang nenek maut manakala cucunya cedera. FOTO IHSAN PDRM





Sungai Petani: Seorang nenek berusia 73 tahun maut manakala cucunya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Mini Cooper di simpang tiga NCT, Bakar Arang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, warga emas terbabit, Lam Koi Lan yang memandu kereta itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, cucu Lam iaitu Teh Chia Yin, 18, mengalami kecederaan di tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

"Pemandu kereta Mini Cooper berusia 23 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu pula tidak mengalami kecederaan.

"Ketiga-tiga mereka menetap di Taman Keladi, di sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, arah perjalanan kereta Mini Cooper itu dari Perindustrian Bakar Arang menghala ke Jalan Alor Setar -Butterworth manakala kereta Perodua Kancil terbabit dari arah NCT Bakar Arang.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sewaktu kereta Mini Cooper terbabit sedang bergerak lurus namun secara tiba-tiba Perodua Kancil itu keluar dari simpang sebelah kiri terus menghalang laluan kereta Mini Cooper berkenaan.

"Pemandu kereta Mini Cooper itu tidak sempat mengelak terus melanggar tepat sisi sebelah kanan kereta mangsa.

"Akibat dari kemalangan, Perodua Kancil yang dipandu warga emas terbabit hilang kawalan dan terbabas jatuh ke dalam longkang dibahu jalan (laluan bertentangan).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Disiarkan pada: Jun 25, 2024 @ 9:55pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.075841 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list