CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22216|Reply: 0

[Johor] Polis cari kanak-kanak hilang di pusat perniagaan

[Copy link]
Post time 22-7-2024 08:40 AM | Show all posts |Read mode

ISKANDAR PUTERI. 21 JULAI 2024. Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eko Galleria di sini, semalam. STR/TULAR/FOTO


Iskandar Puteri : Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang di pusat perniagaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui, disedari hilang oleh bapanya kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan kanak-kanak berkenaan dan hebahan mengenai kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diedarkan.

"Lokasi terakhirnya adalah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani di sini.

"Kanak-kanak ini berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumarasan berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar 'Mickey Mouse' di bahagian dada dan seluar pendek.

Pada masa sama, Kumarasan turut meminta ruang untuk siasatan polis dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan itu termasuk yang mengatakan dia sudah dilarikan dan kini berada di kawasan utara negara.

"Saya harap sabar dan jangan buat andaian. Pihak polis sedang siasat, setakat itu sahaja (perkongsian maklumat) sekarang," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Difahamkan, lokasi pusat perniagaan itu sedang berlangsung festival Maqan x Bon Odori sejak kelmarin yang disertai bapa kanak-kanak itu yang juga seorang peniaga.

Usaha menghubungi bapa kanak-kanak perempuan berkenaan gagal apabila dia tidak membalas mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.226627 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list