SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang merempuh lori di Kilometer 45 Jalan Alor Setar-Butterworth (Sungai Toh Pawang), malam tadi.
Mangsa, 63, yang juga pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan perut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, motosikal jenis Honda Wave dipercayai dari arah Sungai Petani menghala Gurun, manakala lori dipandu lelaki berusia 61 tahun dari arah bertentangan.
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan ke arah kanan dan memasuki laluan lori, sebelum berlaku kemalangan.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.