CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36422|Reply: 0

[Kedah] Dituduh edar dadah, wanita rugi RM300,000 ditipu Macau Scam

[Copy link]
Post time 25-7-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-7-2024 02:53 PM

Dituduh edar dadah, wanita rugi RM300,000 ditipu Macau Scam


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 25, 2024 @ 2:27pm [email protected]





Foto hiasan





ALOR SETAR: Akibat bimbang namanya disalah gunakan, seorang wanita kerugian lebih RM300,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 30-an, berkata dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa 'polis' pada Jun tahun lalu.

Beliau berkata, pada mulanya dia berurusan dengan seorang lagi lelaki yang mendakwa dari Pos Malaysia dan mengatakan mangsa menghantar parcel menggunakan maklumat MyKad serta kad bank miliknya.

"Panggilan kemudian disambung ke panggilan lain dengan seorang individu menggelarkan diri sebagai Inspektor Mazlan iaitu 'pegawai polis'.

"Suspek memaklumkan mangsa terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan juga menghasilkan wang secara haram," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Intan berkata, panggilannya itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa sebagai Inspektor Chong yang menawarkan diri untuk membantu mangsa dalam kes itu.

Katanya, tanpa mengesyaki apa-apa, dia diminta untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Disebabkan takut kerana kes itu serius dan diketahui suami dan keluarga, saya terus membuat pembayaran seperti yang diminta tanpa menyelidik terlebih dahulu.

"Semua wang itu adalah simpanan saya, tetapi semuanya habis akibat diperdaya sindiket terbabit. Namun, saya mengesyaki ditipu apabila saya cuba menghubungi beberapa kali nombor telefon berkenaan tetapi ditutup," katanya yang menetap di Jitra di sini.

Menurut Intan, dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana menyedari ditipu oleh individu berkenaan.

Katanya, biasanya dia sering berhati-hati ketika berurusan berkaitan wang, tetapi tidak menyangka kejadian itu menyebabkan dia kehilangan semua wang simpanannya.

"Selalunya saya baca di akhbar dan media sosial berkaitan penipuan Macau Scam ini dan amat berhati-hati tetapi sindiket itu pandai bercakap sehinggakan saya akhirnya ditipu.

"Saya nasihatkan semua individu supaya jangan mudah terpedaya dengan apa jua yang dimaklumkan oleh individu yang tidak dikenali sebaliknya menghubungi pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu," katanya.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.441708 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list