CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36133|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes dera anjing paling tinggi - DVS

[Copy link]
Post time 25-7-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Kes dera anjing paling tinggi - DVS


Nur Izzati Mohamad[email protected]





Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Dr Akma Ngah Hamid ditemui pemberita pads Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan di Kampung Agong,Penaga, Kepala Batas. FOTO Nur Izzati Mohamad





Kepala Batas: Tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat berkaitan kes penderaan serta penganiayaan haiwan meningkat pada setiap tahun apabila mereka berani membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah DVS Dr Akma Ngah Hamid, berkata aduan penderaan dan penganiayaan haiwan terutamanya anjing dan kucing setakat Jun ini sudah merekodkan 2,162 kes.

"Statistik tahun lalu, sebanyak 2,622 aduan penderaan dan penganiayaan haiwan direkodkan berbanding 1,580 aduan tahun sebelumnya.

"Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat termasuk semakin banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin terhadap kebajikan haiwan apabila bertindak pantas membuat aduan.

"Oleh itu, saya berharap jika (sesiapa nampak) ada kezaliman atau salah laku oleh pemilik, mereka dapat melaporkan dengan kaedah mengikut akta dan peraturan yang betul tanpa mengambil tindakan yang melampaui batas," katanya Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan di Kampung Agong, Penaga, di sini, hari inu.

Sambutan itu bertujuan mempromosikan kebajikan haiwan dengan menjadikan pemilik haiwan lebih bertanggungjawab dan memupuk kesedaran mengenai keprihatinan kepada haiwan.

Pada masa sama, ia memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung peraturan, garis panduan dan pematuhan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722)

Mengulas lanjut, Dr Akma berkata, dalam tempoh antara 2021 hingga Jun tahun ini pihaknya merekodkan kes penderaan paling tinggi terhadap anjing iaitu 5,226 kes diikuti kucing 1,900 kes, 178 kes (kuda), 157 kes (arnab), 122 kes (burung), 105 kes (lembu) dan 116 lain-lain kes.

"Selangor menjadi negeri tertinggi (merekodkan penganiayaan kes haiwan) iaitu 3,334 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,113 kes), Johor (800 kes), Pulau Pinang (695 kes) dan Perak (491 kes)," katanya.



Disiarkan pada: Julai 25, 2024 @ 4:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.355830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list