CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42939|Reply: 0

[Perlis] MAIPs sedia jalin kerjasama dengan pelbagai agensi, institusi di Namibia

[Copy link]
Post time 27-7-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode
MAIPs sedia jalin kerjasama dengan pelbagai agensi, institusi di Namibia


Oleh Aizat Sharif - Julai 27, 2024 @ 3:31pm [email protected]





Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada Naib Presiden Republik Namibia, Netumbo Nandi-Ndaithwah (dua dari kanan) selepas menerima cenderamata di Dewan Negara, Auasblick, Windhoek, Namibia. - Foto ihsan MAIPs





KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhasrat memainkan peranan secara aktif melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi berkaitan di Namibia.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah MAIPs menyasarkan hala tuju perkongsian bersama terutama dalam pelbagai bidang pengurusan hal ehwal Islam seperti pengurusan halal, pendidikan termasuk aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di negara benua Afrika itu.

"Tiada pihak yang rugi sekiranya berkongsi ilmu dan pengalaman, sebaliknya ia akan mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan golongan sasar," titahnya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Dalam lawatannya ke Namibia itu juga, baginda berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Namibia, Netumbo Nandi-Ndaithwah bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Perlis dan Namibia.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra itu turut diiringi oleh anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail yang diadakan sempena lawatan Safar Ilmi MAIPs.

Keberangkatan mereka disambut oleh Netumbo bersama-sama Menteri Hal Ehwal Presiden Namibia, Christine Hoebes di pejabat beliau di Dewan Negara, Auasblick, Windhoek.

Turut mengiring ialah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama adalah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan Setiausaha Ketiga, Norazila Roslan.

Dalam lawatan itu juga, pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala Perlis dan Namibia diperbincangkan dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu.

Netumbo dalam ucapan aluannya menjelaskan Namibia sedang memberikan fokus dalam bidang pendidikan, pelancongan, hospitaliti, pengurusan sumber minyak dan tenaga.

Malah, mereka turut menawarkan perkongsian pengalaman serta pelaburan Malaysia dalam pengurusan penerbangan komersil tempatan.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menawarkan peluang pengajian kepada 15 pelajar muslim dari Namibia bagi melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan berharap Perlis dapat melaksanakan pengkongsian berkaitan pengurusan halal kepada Namibia.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list