CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5456|Reply: 5

Fazura teguh pendirian tuntut keadilan

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura tetap dengan pendiriannya untuk terus berjihad dan memuat naik hantaran berbentuk maklumat berkaitan apa yang sedang berlaku di Palestin.

Fazura, 40, berkata, mungkin disebabkan kelantangannya bersuara berkaitan isu Palestin membuka mata beberapa pihak dari negara itu dan berkolaborasi dengannya di media sosial.

"Sebenarnya, kita muat naik, buat kerja kita, dan itu jihad kita, kan. Tapi, tentulah mengenai apa yang diperkatakan berkaitan dengan pengiktirafan dan sebagainya, saya tak pasti. Ia berlaku secara tiba-tiba.

"Tapi, dari segi yang kolaborasi-kolaborasi itu, memang datang daripada mereka. Memang mereka 'jemput' kolaborasi itu. Mungkin mereka nampak saya banyak memuat naik hantaran berkaitan dan sebagainya. Jadi, adalah beberapa DM (mesej) yang saya terima.

"Ada juga beberapa bantuan yang kita lakukan bersama dan sebagainya. Jadi, dari situlah mereka bersama dengan saya untuk terus menyebarkan maklumat berkaitan Palestin," katanya.

Walaupun kerap kali dimomokkan dengan ketakutan mengenai impak daripada kelantangan suaranya bakal menjejaskan kariernya, Fazura nampaknya tidak akan mengalah dan bersyukur dengan kekuatan yang diberikan Allah kepadanya.

"Semuanya datang daripada Allah. Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan itu. Ramai yang risau, takut kalau selepas ini tak dapat tawaran kerja dan sebagainya. Tapi, ini jihad saya.

"Allah tahu niat saya. Jadi, saya percaya, rezeki datang daripada Allah dan saya tak risau sama ada akan ada tawaran kerja ataupun tidak," katanya.

Tambahnya, itu juga menjadi sebab utama, mengapa dia tidak banyak berkongsi mengenai kehidupan peribadi kerana ingin berlaku adil terhadap mereka yang berdepan kesengsaraan.

"Itu juga menjadi sebab kenapa saya tidak banyak memuat naik hantaran berkaitan kehidupan peribadi saya sebab saya rasa tak adil untuk saya tunjukkan. Saya bahagia bersama suami dan anak.

"Tapi, apabila kita melihat ibu-ibu (di Palestin) yang menangis dan meratapi kehilangan anak-anak mereka, tak adil untuk saya tunjukkan. Tapi, saya sayangkan anak saya. Itulah pendirian saya buat masa ini.

"Mudah-mudahan, kita semua bersama-sama mewakili suara-suara mereka di sana. Terima kasih," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidung fazz ni kalau x dicucuk adakah menyerupai Queen kepam hanis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job Faz!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus...
Tak payah nak jual kisah family. .
Nak up aku lah family terpaling berkasih sayang etc etc
Fokus update hal2 kerja je cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bab ni aku sokong faz..dia mmg all out..good job faz.
ot jap..ada satu event kt png sorg tu ty keja amal apa yg faz buat ..wey confirm² la dia x ckp..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 28-7-2024 11:56 AM
Hidung fazz ni kalau x dicucuk adakah menyerupai Queen kepam hanis

Kalau tengok hidung ori waktu Gol dan gincu, Faz still cantik beribu kali..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.172438 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list