CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12106|Reply: 49

Norlia Ghani jadi TikToker, kaut RM800 sehari

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM – Lebih setahun tiada tawaran berlakon, pelakon veteran, Norlia Ghani, 75, kini bergelar pempengaruh TikToker.

Mengakui ingin mengikut ‘trend’ semasa, kata Norlia atau lebih mesra disapa sebagai mama itu, sebagai pelakon dia perlu bijak mencari inisiatif lain untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan peminat.

“Mama cuba ikut ‘trend’ agar tidak ketinggalan orang kata. Mama pun dah lama tak berlakon. Jarang dapat jumpa peminat. TikTok mengeratkan lagi silaturahim mama dengan peminat.

    “Kali pertama mama bersiaran langsung terus dapat 1 juta tanda suka. Kadang-kadang ada peminat yang bagi ‘gift’. Biarpun mama tak pernah meminta. Pernah sehari mama dapat RM800.

“Mungkin inilah medium terbaru untuk mama mencari rezeki. Biarpun dapat RM100, mama dah bersyukur, sebab duduk di rumah sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 baru-baru ini.

Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.

    “Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.

“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.

“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.

Selain membuat sesi siaran langsung untuk berbual dengan peminatnya, Norlia turut mengambil upah dengan membuat ulasan produk di platform media sosialnya.

Bercakap soal kerjaya, kata pelakon filem Mami Jarum itu dia akur dengan kehendak penerbit dan pengarah sekarang yang memilih pelakon yang jauh lebih muda.

    “Mama tahu mama sudah berumur. Tapi mama reda. Kita tahu mungkin sesetengah drama tidak memerlukan watak perempuan tua atau watak nenek.

“Pelakon yang dulu bawa watak kakak, sekarang dah jadi mak. Kalau dulu kita cantik, sekarang dah tak cantik kita kena terima hakikat. Kitaran ini biasa dalam dunia lakonan. Jadi kena berlapang dada,” ujarnya.

Terdahulu, Norlia Ghani merupakan antara 20 artis yang menerima bantuan untuk Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0.

Melalui inisiatif itu, Norlia menerima wang sebanyak RM5,000, bantuan makanan tambahan selama enam bulan oleh Afyaa Hayyiba dan tajaan umrah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut mana yg elok la nek nolia. Kalo bole jana income, silakan. Jgn buat content pelik2 sudah la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah nenek. Janji tak meminta2. Dan jaga adab kesopanan. Buat video yang sesuai dengan nenek2 ke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu live dia lalu kt fyp kaka, kekdg layan juga borak dgn dia, moga dia diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:48 AM | Show all posts
hrp yg lain2 tu boleh juga cuba tapi tolong la letak content yg cerdik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2024 11:01 AM | Show all posts
OK la kalau bijak buat konten yg bermadai, slagi ade yg maseh nak melayan tu. Jangan jadik medan minta-meminta sudah lah kan. Rezki sheols, maseh ade ramai peminat. Alhamdulillah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
If she can generate cash, why not kan. So long as bukan content yg pelik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 29-7-2024 10:48 AM
hrp yg lain2 tu boleh juga cuba tapi tolong la letak content yg cerdik.

Ada fyp nenek dok gelek2.. rasa nak kakikan je nenek tu.. dahler pakaian sendat.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:01 PM | Show all posts
azlee senario pun macam ni juga
tapi ritu nampak kat live tiktok macam dok meminta2 orang bagi gift
malas nak cakap apa sebab nasib setiap orang tak sama
cuma hmmmm korang faham la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nur_happy at 30-7-2024 09:17 PM

Generasi berumur mcm ni kalau dpt buat tiktok bagi tips and nasihat hidup based on pengajaran hidup diorang pun okay… dapat pahala.. dapat gift…
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:11 PM | Show all posts
Wow rezekiiii syukurrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak acik ni yang iols akan igt adalah joyah
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni boleh rusdi buat content. At least ada pndptn
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:16 PM | Show all posts
Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi

Amek kau, terpelanting semua yang komen toksik tu haha

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe acik norlia boleh live dgn anaknya rusdi..meletop skit. Cerita pengalaman dulu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 10:53 PM | Show all posts
dolu pemes bigo live... skrg semua beralih tiktok live... akan dtg org tak tengok tv pun dah... semua streaming jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 11:00 PM | Show all posts
dicadangkan kak nolia buat live cerita perjalaann hidup dari dari zaman PRamlee dulu
saya pun berminat nak pi tengok
nak sedekah lat dia lah
lama dah tak masuk TTok
kredit gift pun rasanya dah habis
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 29-7-2024 11:00 PM
dicadangkan kak nolia buat live cerita perjalaann hidup dari dari zaman PRamlee dulu
saya pun bermin ...

Setuju.. suka jugak dengar pengalaman hidup orang ni.. macam brader Joey BPR rajin share cerita2 pengalaman hidup kat FB dia.. bukan calang2 rocker rupanya dia tu.. best baca.. tau2 dah nak buat buku.. acik Norlia pun boleh juga share cerita2 kat TT tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg sesuaila watak joyah yg org gelarkan dulu... rezeki tu mkcik.. jgn dtolak.. selagi sehat mkcik.. bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065524 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list