View: 10878|Reply: 2
|
"Anak tak nak, duit terkejar-kejar,"-Datin Shahida, isteri Aliff Syukri pernah rasa nak gugurkan kandungan
[Copy link]
|
|
Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida mendedahkan pernah terfikir untuk menggugurkan kandungannya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd. Rashid berkata, dia disahkan hamil anak ketiga iaitu Ibrahim Adham ketika sedang di fasa kehidupan yang sukar.
"Ketika itu kami baru sahaja memulakan perniagaan dan sangat susah dengan anak-anak yang masih kecil lagi.
"Tiba-tiba saya disahkan mengandung, Baim (Ibrahim) itu kami tak rancang tapi ‘excident’. Semasa itu saya pula sedang menyusukan Qadeja dan memang tak datang bulan selama setahun.
Kandungan ketika itu sudah tiga bulan, tetapi saya tak tahu saya mengandung. Bila tahu mengandung, dunia rasa gelap gelita."
Justeru, Shahida pernah terfikir untuk mengugurkan kandungan tersebut namun nasihat daripada seorang doktor telah mengubah persepsinya.
"Saya pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Ketika itu saya muda dan tak ada ilmu, saya tanya doktor, ‘boleh tak kalau saya nak gugurkan kandungan ini?
"Saya masih ingat sampai sekarang kata doktor itu, ‘awak adalah manusia yang tak reti bersyukur, orang lain tak ada anak buat macam-macam nak dapatkan zuriat tapi inilah manusia. Rezeki anak tak nak tapi rezeki duit dikejar-kejar.’
Sedar akan kekhilafan diri, isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu kemudian bertaubat dan menjaga kandungannya dengan baik.
"Saya terus tersentak dan banyak kali buat solat taubat kerana berfikiran seperti itu.
"Selepas itu saya berubah, saya mula beli ubat, supplement, minum susu untuk betul-betul jaga kandungan."
Menurut Shahida, hikmah daripada kelahiran cahaya matanya itu adalah keluarga mereka dilimpahi dengan kemewahan.
"Di hujung fasa kehamilan saya dan selepas kelahiran Baim, mencanak-canak rezeki. Ketika itulah ramai orang mengenali jenama Dherbs.
Lahir sahaja Baim, kami boleh beli kereta Ferrari dan banglo.
Jadi jangan tolak rezeki anak, kadang-kadang kita tak sedar itulah rezeki yang Allah nak beri. Sampai sekarang rezeki anak itu tak putus-putus."
Sumber: Ohbulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lahir sahaja Baim, kami boleh beli kereta Ferrari dan banglo.
Hahahahahahahahahahahahahahahha. TAUBAT sgt kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|