CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23154|Reply: 9

Ramai tonton ‘Bawah Payung Awan’ secara haram, Nelissa Nizam sedih hasil kerja tak dihargai - “Macam mana kita nak maju?”

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode


HARAPKAN pegar, pegar makan padi adalah ungkapan sesuai menggambarkan kekecewaan pelakon Nelissa Nizam dengan tindakan segelintir pihak menonton drama terbaharu Bawah Payung Awan secara haram.

Sedih dengan apa yang terjadi, Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, 26, menyifatkan usaha pelakon dan kru berhempas pulang menyiapkan projek tersebut seperti sia-sia dan tidak dihargai.

"Saya sedih... bila saya tengok kat ruangan komen ramai yang tengok Bawah Payung Awan dekat Telegram secara haram.

"Kami dah curahkan segalanya untuk hasilkan projek ini, tapi jadi macam ini!" katanya.

Nelissa berharap penonton memberi sokongan kepada drama tempatan.

Nelissa meluahkan kesedihannya menerusi kapsyen dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nelissa berpendapat industri seni di Malaysia tidak akan bertambah maju meskipun pembikin drama berjaya hasilkan drama berkualiti.

Ia susulan kerana sikap suka mencuri harta intelek orang lain ini masih wujud dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak jaga perasaan bekas isteri suami, Tash Yong ada hak tayang kebahagiaan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu bulan madu sebelum fikir soal anak, Sarah Suhairi impi percutian di Denmark

"Kami sangat hargai apabila semua cakap drama kami best, penuh dengan pengajaran dan motivasi.

"Tapi macam mana kita nak maju kalau anda semua tengok secara haram macam ini!" ujarnya.

Justeru itu, pelakon itu menyeru agar masyarakat menyokong drama tempatan melalui saluran dan platform yang betul.

Copy of Untitled - 2024-07-27T094026.450

Nelissa minta melaporkan akaun Telegram yang memuat naik drama tempatan secara haram.

"Jadi saya minta tolong pada semua, kami perlukan sokongan anda supaya Malaysia boleh boleh hasilkan projek yang hebat macam ini lagi.

"Tolong laporkan sekiranya ada yang sebarkan drama ini di mana-mana siaran Telegram," jelasnya.

Drama Bawah Payung Awan mula disiarkan menerusi platform penstirman Viu sejak 13 Jun lalu.

Selain Nelissa, drama ini turut menampilkan Nabila Razali, Ben Amir, Muaz Zabir dan Kodi Rasheed.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tengok video iklan je kat shopee... kutip coin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekwat xpadan dgn muka mcm tengah berak sembelit.

Tgok muka pun dh tau kuku kaki penuh cekam busuk.

Xda masa org nk tgok lakonan hg betina oi. Perasan mcm angelina jolie ,choiiiiii !!! Poen pun basi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:12 PM | Show all posts
minah ni ke nama nelissa
tak sesduainya muka kau dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawah payung awan ni best. Iols ada tengok klip2 pendek cerita ni kt tiktok. Pelakon semua mabeles berlakon xkayu. Kaknab pun dah jauh bertiang improve tahap lakonan xsekayu dulu. Nellisa ni best berlakon sama macam Kodi Rasheed.

Pada meols watak paling berjaya sekali dalam BPA ni adalah watak Amyza Aznan. Selamba je dia berlakon. Kadang2 rasa apa yg dia ungkap tu spontaneous bukan dialog dari skrip.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi sebenarnya ada kelebihan jugak kalau orang berminat tengok secara haram, maksudnya orang suka la drama tu. But yes, memang la salah tengok illegally
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
macam drama telur untuk firdaus tu, technically yang orang indo tengok semua strim secara haram. Tapi production team bangga je tayang kononnya mendonia sangat padahal faktanya tengok secara haram
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ala dapat gaji kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols kt gambar comel la juga. kt dlm tv tgh berlakon x santek. kecomelan sheols tak tembus tv
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 28-7-2024 12:45 PM
Saya tengok video iklan je kat shopee... kutip coin...

sama la..aku pun tgk situ jgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.089888 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list