CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31554|Reply: 0

[Kedah] Pengurus Besar PPK, timbalan didakwa pecah amanah

[Copy link]
Post time 4-8-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus Besar PPK, timbalan didakwa pecah amanah


M Hifzuddin Ikhsan[email protected]







Roslin Allias dan Nurizah Noordin dibawa ke Mahkamah Alor Setar. FOTO WAN NABIL NASIR




Alor Setar: Seorang Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Timbalannya didakwa melakukan pecah amanah apabila menyalahgunakan wang RM30,000 milik agensi itu pada 2019.

Tertuduh, Nurizah Noordin, 49, dan Roslin Allias, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurizah yang bertugas sebagai Pengurus Besar PPK Lubuk Batu, Jitra, yang diamanahkan dengan urusan kewangan telah melakukan pecah amanah jenayah apabila menunaikan cek milik PPK Lubuk Batu bernilai RM30,000 untuk kegunaan sendiri.

Roslin pula yang bertugas sebagai Timbalan Pengurus Besar PPK Lubuk Batu, dituduh bersubahat bersama Nurizah melakukan pecah amanah terhadap harta milik PPK Lubuk Batu iaitu cek bernilai RM30,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Malayan Banking Berhad Pekan Jitra 2, Daerah Kubang Pasu pada jam kira-kira 3.30 petang, 30 Januari 2019.

Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, disebat dan didenda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh diwakili peguam Rafiee Noordin.

Pendakwaan meminta mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 ke atas setiap tertuduh, bagaimanapun peguam tertuduh meminta jaminan lebih rendah berikutan kedua-dua anak guamnya perlu menanggung keluarga selain mempunyai anak masih bersekolah.

Priscilla kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang beserta seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa mereka kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh 5 September bagi sebutan semula kes dan proses penyerahan dokumen.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh membayar ikat jamin berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.



Disiarkan pada: Ogos 4, 2024 @ 12:04pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1118678/pengurus-besar-ppk-timbalan-didakwa-pecah-amanah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.416665 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list