CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23180|Reply: 0

[Kedah] Arwah mahu bantu mualaf - Bapa

[Copy link]
Post time 4-8-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-8-2024 06:24 PM

Arwah mahu bantu mualaf - Bapa

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

04 Ogos 2024 05:30pm




Imran menunjukkan gambar kenangan anaknya (kiri), Makluman kematian Muhamad Ikram yang dikongsikan menerusi laman sosial Jakim.




SUNGAI PETANI - Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang lemas di Sarawak pernah menyatakan hasrat mahu membantu seorang mualaf yang ditemui baru-baru ini.

Bapa mangsa, Imran Abu Hasan, 59, dari Kampung Charuk Kelubi, Sungai Pasir berkata, arwah anaknya, Muhamad Ikram, 26, baharu melaporkan diri Februari lalu sebagai penolong pegawai agama di Hospital Sarikei dan pernah menyatakan hasrat mahu membantu seorang saudara baru.



Menurutnya, arwah yang merupakan graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang Usuluddin dan pernah bekerja sukarela di Murtadha Dakwah Centre (Madad), ada berkongsi cerita sepanjang bertugas, dia bertemu dengan seorang mualaf yang sememangnya telah lama mencari pembimbing untuk mendalami Islam.


Gambar kenangan Muhamad Ikram (kanan) bersama keluarga.




"Selain melakukan tugas beliau sebagai kakitangan Jakim, Muhamad Ikram ada beritahu dia turut bantu anak-anak kakitangan hospital mengaji dan seorang mualaf," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.


Menurut Imran, 'pemergian' secara tiba-tiba anak keempat daripada lima beradik itu amat dirasai namun tetap reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Kali terakhir bertemu ketika sambutan Hari Raya Aidiladha lalu, masa tu dia ada kursus di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dan minta cuti tambahan, sempatlah berjumpa...dia anak yang baik, lebih banyak pendiam, jika tak ada duit pun, tak pernah minta...kita bagi pun kadang-kadang tak mahu ambil.


"Kami ada juga bercadang nak melawat tempat kerja dia di Sarawak tetapi memandangkan baharu sahaja melaporkan diri, bagi dia stabil dulu...namun tidak kesampaianlah,"jelasnya.




Difahamkan, jenazah Muhamad Ikram kini dalam proses untuk dibawa pulang ke kampung halaman dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit dekat sini.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang kakitangan Hospital Sarikei lemas dipercayai ketika mahu melepaskan mata kail yang tersangkut ketika memancing di sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Wak, Pakan pada Sabtu.

Pasukan bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 11.45 pagi sebelum operasi pencarian dilakukan.

Mayat mangsa bagaimanapun dijumpai dalam radius 50 meter dari lokasi terakhir sekitar jam 7.51 malam.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama dua rakannya menggunakan bot untuk memancing di sungai berkenaan.


https://www.sinarharian.com.my/article/678546/edisi/utara/arwah-mahu-bantu-mualaf---bapa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list