CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35363|Reply: 0

[Perlis] Syor kerajaan negeri masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri

[Copy link]
Post time 9-8-2024 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-8-2024 12:06 AM

Syor kerajaan negeri masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri

08 Ogos 2024 07:46pm




Johari memberi penerangan ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Perlis pada Khamis. Foto Bernama





KANGAR - Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing dalam usaha memastikan aktiviti merakyatkan DUN berjalan lancar.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, peruntukan khas kepada Speaker DUN itu antara yang akan dibincangkan dalam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia Tahun 2024 di Sarawak pada September ini.



"Jadi kalau boleh kerajaan negeri berikan sedikit (peruntukan khas) ini...cadangan saya letak dalam bajet negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke DUN Perlis di Kompleks DUN di sini hari ini.

Sementara itu, Johari berkata, kini banyak perubahan positif berlaku dalam persidangan Dewan Rakyat, antaranya sesi penerangan menteri mengenai sesuatu isu semasa walaupun tiada soalan daripada ahli Parlimen.



]
Johari berbincang sesuatu bersama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan (dua, kanan) di Kompleks DUN Perlis pada Khamis. Foto Bernama




"Saya cuba pastikan ahli Parlimen tidak bercakap tentang politik, (hanya) cakap tentang perkara (dibangkitkan) jadi masa yang ada kita boleh buat (sesi) penerangan menteri kerana kadang-kadang menteri tidak akan jawab isu terkini kecuali ada soalan.

"Kalau kita sediakan (sesi) penerangan untuk menteri jawab isu terkini tanpa soalan daripada ahli Parlimen ia membantu, contohnya hari itu saya beri peluang kepada Menteri Kewangan II menceritakan tentang pembelian saham Malaysia Airport dan kita beri peluang untuk menteri beri penerangan, saya bagi (tempoh) sejam bukan 10 minit,” katanya.


Dalam pada itu, katanya, terdapat sebilangan ahli Parlimen yang dikenal pasti tidak membahaskan sesuatu isu tertentu dan tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat semasa isu itu dibahaskan namun mengulas isu itu di luar melalui media sosial dengan menggambarkan dirinya hadir ketika perbahasan.


Beliau berkata, perbuatan ahli Parlimen itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengelirukan rakyat dan kini mereka yang terbabit sedang dalam pemerhatiannya. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/679281/berita/nasional/syor-kerajaan-negeri-masukkan-peruntukan-khas-speaker-dalam-bajet-negeri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.994312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list