CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16086|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes kucing tergantung di belakang 4X4, DVS buka kertas siasatan

[Copy link]
Post time 9-8-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Kes kucing tergantung di belakang 4X4, DVS buka kertas siasatan


Nur Izzati Mohamad[email protected]











Bukit Mertajam: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan seekor kucing tergantung di belakang kenderaan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Merak Jaya 5, Simpang Ampat, di sini, pagi semalam.

Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan suspek lelaki berusia 30-an yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Katanya, kucing itu kini di bawah jagaan DVS manakala kenderaan pacuan empat roda yang digunakan semasa kejadian turut ditahan sementara.

"DVS mengesahkan sudah menerima aduan secara rasmi berhubung kes ini. Susulan itu, DVS membuat pemeriksaan awal di lokasi kejadian pada hari sama kejadian, kira-kira jam 12 tengahari.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, DVS berjaya mengesan suspek dalam kes ini dan sudah mengambil keterangannya.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DVS Pulau Pinang di Bukit Tengah, di sini, hari ini.

Katanya,kertas siasatan yang lengkap nanti akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

"DVS ingin menasihatkan mana-mana orang atau persatuan berkaitan haiwan untuk menyalurkan terus aduan berhubung kebajikan dan penganiayaan terhadap binatang kepada DVS melalui pautan awa.dvs.gov. my (My Animal Welfare) dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh mengganggu siasatan.

"Dalam kes ini, walaupun niat suspek adalah untuk membawa kucing itu ke klinik haian namun cara yang salah dengan tidak meletakkan dalam tempat khas telah membahayakan nyawa kucing terbabit.

"Ketika ini, keadaan kucing itu yang diselamatkan pihak kita berada dalam keadaan sihat dan stabil," katanya.

Terdahulu, tular gambar kucing yang tergantung di belakang pacuan empat roda sehingga mendatangkan kemarahan masyarakat khususnya pencinta haiwan.

Susulan itu, Persatuan Haiwan Malaysia menggesa DVS meneruskan siasatan terhadap insiden yang berlaku.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika dilaporkan berkata, ia demi menegakkan sistem keadilan jenayah haiwan dan sebagai satu pelajaran supaya pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tanggungjawab mereka.



Disiarkan pada: Ogos 9, 2024 @ 5:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1120778/kes-kucing-tergantung-di-belakang-4x4-dvs-buka-kertas-siasatan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047059 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list