CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58863|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nenek Manggie terbaik

[Copy link]
Post time 11-8-2024 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Nenek Manggie terbaik


Redzuan Muharam[email protected]






MUHAMMAD Azrol (berdiri belakang kiri), isteri, Nik Ainon (berdiri depan) dan tiga anak mereka menganggap Manggie (tengah) seperti anggota keluarga sendiri.





Bayan Lepas: Biarpun berbeza bangsa dan agama, V Magispary atau dikenali Manggie menyayangi jiran ibarat anak dan cucu sendiri.

Disebabkan itu, Manggie, 69, digelar nenek dan kasih sayangnya dapat dilihat menerusi video dirakam jirannya, Muhammad Azrol Abdul Ghani, 35, yang mencuri perhatian ramai hingga meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok.

Menerusi video itu, anak bongsu Muhammad Azrol, Nur Fathia Khayra, 6, atau nama manjanya Umai bersalaman dengan Manggie sebelum ke sekolah.

"Video itu saya rakam secara spontan saja waktu nak hantar Umai (anak bongsu) pergi sekolah.

"Kebetulan, nenek (nama panggilan Manggie) ada di luar rumah sedang siram pokok bunga.

"Saya kemudian saja muat naik video itu di TikTok dan tak sangka perkongsian berkenaan meraih tontonan tinggi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhammad Azrol berkata, dia sekeluarga berjiran dengan Manggie di Pangsapuri Jalan Tengah 12 di sini, sejak 12 tahun lalu.

"Saya tinggal menyewa dan waktu pindah ke sini, anak sulung baru berumur sembilan bulan.

"Sejak awal menetap di sini, kami sekeluarga sudah rapat dengan nenek yang kini tinggal bersama anak, menantu dan cucunya.

"Kami pun kerap menziarahi rumah satu sama lain, malah bukan hanya anak tapi saya dan isteri (Nik Ainon Long Nik, 32) turut memanggilnya nenek," katanya.

Muhammad Azrol berkata, Manggie sangat mengambil berat dan sering menjadi insan pertama yang datang bertanya khabar jika anak atau ahli keluarganya jatuh sakit.

Disebabkan itu, Muhammad Azrol sekeluarga menyayangi Manggie juga keluarganya ibarat darah daging sendiri.

"Saya tak pernah jumpa insan seperti nenek dan dia terlalu baik dengan saya sekeluarga.

"Paling tak dapat lupa ketika anak kedua saya demam beberapa tahun lalu, nenek datang ketuk pintu walaupun jam sudah 3 pagi kerana terdengar anak saya menangis.

"Kenangan lain adalah ketika kami sekeluarga dijangkiti Covid-19…nenek telefon daripada tepi rumah dan dengar suaranya menangis.

"Disebabkan terlalu baik, isteri sampai tak sanggup nak bagi nenek dengar kalau batuk sekalipun kerana nenek jenis yang mudah risau," katanya yang kini bertugas sebagai anggota di Balai Polis Bayan Baru di sini.

Bapa tiga anak itu berkata, selain hal kebajikan, Manggie juga seorang jiran yang tidak berkira dan sering menghantar makanan ke rumahnya.

"Hampir setiap hari anak saya akan datang ke rumah nenek. Nenek pun sama malah akan panggil makan roti canai dan capati di rumahnya.

"Bila Deepavali, nenek akan bawakan muruku istimewa ke rumah kami dan begitulah dia daripada dulu.

"Saya pun pernah minta bantuan nenek jagakan anak dan paling sebak apabila nenek pesan kepada kami jangan pindah daripada sini selagi dia masih hidup.

"Terima kasih nenek kerana jadi jiran yang baik dan saya ada pesan kepada anak supaya jangan lupa dengan jasa nenek sampai bila-bila," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 11, 2024 @ 7:02am


[size=0.95]








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.624004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list