CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51525|Reply: 0

[Kedah] Dua kenderaan keluar asap melebihi had diberi notis

[Copy link]
Post time 11-8-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-8-2024 04:09 PM

Dua kenderaan keluar asap melebihi had diberi notis

OlehROSHILA MURNI ROSLI

11 Ogos 2024 12:39pm




Sharifah Zakiah (tengah) menunjukkan keputusan pengukuran asap menggunakan meter penguji asap.




KUALA MUDA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah mengeluarkan dua notis arahan di bawah Seksyen 48 A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap pemilik kenderaan kerana mengeluarkan asap kenderaan melebihi had yang ditetapkan dalam operasi bersepadu di Sungai Petani dekat sini pada Sabtu malam.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, seorang pemilik kenderaan turut ditawarkan kompaun RM2,000 di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996.



Menurutnya, sebanyak 45 kenderaan berenjin diesel telah menjalani pemerhatian secara visual dalam Operasi Bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda Bersama JAS Kedah.

]
Sebuah kenderaaan sedang diperiksa oleh penguat kuasa JAS dalam operasi bersepadu pada Sabtu malam.




"Kenderaan berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan 240 kenderaan yang diperiksa dalam operasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Menurutnya, pemilik-pemilik kenderaan terbabit perlu melakukan penyelenggaraan kenderaan dan dikehendaki hadir untuk ujian semula.

"Had maksimum pelepasan asap hitam yang dibenarkan adalah 50 peratus kelegapan. Menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 [2024), denda maksima yang boleh dikenakan bagi kesalahan di bawah Seksyen 22, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024) berkaitan pencemaran udara adalah sebanyak RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya.


Sharifah Zakiah berkata, operasi selama tiga jam itu disertai 68 kakitangan pelbagai agensi dan jabatan penguatkuasaan di dua lokasi berasingan di sekitar Sungai Petani.


"Operasi bertujuan menguatkuasakan pelbagai kesalahan lalu lintas, mengesan pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah dan kesalahan berkaitan pelepasan asap kenderaan dan bunyi bising.

"Bagi JAS Kedah, seramai 20 pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi pematuhan pelepasan asap hitam daripada kenderaan diesel dan paras bunyi bising ekzos dari kenderaan motosikal," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/679651/edisi/utara/dua-kenderaan-keluar-asap-melebihi-had-diberi-notis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073472 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list