CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33410|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBPP bawa 20 kes buang puntung rokok di pantai ke mahkamah

[Copy link]
Post time 12-8-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-8-2024 02:12 PM

MBPP bawa 20 kes buang puntung rokok di pantai ke mahkamah

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

12 Ogos 2024 12:35pm




Tinjauan di Persiaran Karpal Singh mendapati, selain sisa makanan, pembungkus makanan serta puntung rokok dibuang di kawasan riadah tepi laut itu menyebabkan kawasan tersebut kotor.




GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung 20 kes membuang puntung rokok di kawasan pantai di negeri untuk dibawa ke muka pengadilan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A Rajendran berkata, tindakan undang-undang itu dibuat setelah beberapa siri kempen kesedaran tentang pembuangan puntung rokok di kawasan pantai dilaksanakan sejak awal tahun ini.



Menurutnya, walaupun nasihat telah diberikan, pengunjung pantai masih didapati tidak mempunyai kesedaran mengenai kebersihan pantai menyebabkan tindakan tegas telah diambil.

"Selain menasihati, dalam siri kempen yang dijalankan, kita juga mengenakan kompaun terhadap mereka yang membuang sampah di kawasan pantai termasuk membuang puntung rokok.


"Bagaimanapun, setelah lebih enam bulan menasihati, nampaknya masih ada yang membuang sampah dan puntung rokok di kawasan dan pesisiran pantai.

"Oleh demikian, kita tidak akan membenarkan lagi mereka membayar kompaun sebaliknya terus didakwa di mahkamah. Setakat ini, kita sedang menyiapkan 20 kertas siasatan untuk didakwa di mahkamah," katanya ketika ditemui di Pasar Taman Terubong Jaya, di sini pada Isnin.


Tambah beliau, kesemua kes tersebut akan didakwa mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

Jelasnya, MBPP tidak akan berkompromi lagi dengan mereka yang masih berdegil membuang puntung rokok di kawasan pantai termasuk di pesisiran pantai.




"MBPP dah lama bagi nasihat dan sudah tiba masanya untuk kita tegas dalam isu ini.

"Kita tidak akan berlembut lagi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," tambahnya.

Kata Rajendran lagi, MBPP telah menggunakan mesin khas untuk mencuci pasir di pesisiran pantai.

"Untuk kawasan pantai, kita ada membeli mesin khas untuk mencuci pasir yang kotor. Tahun hadapan, kita akan tambah sebuah lagi mesin untuk tujuan sama.

"Mesin ini berfungsi untuk mencuci pasir dan kemudiannya meletakkan kembali pasir di tempat asal," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melalui laporan khas menyiarkan keadaan pantai di negara ini yang dicemari dengan sampah puntung rokok sehingga menjejaskan alam sekitar.

https://www.sinarharian.com.my/article/679810/edisi/utara/mbpp-bawa-20-kes-buang-puntung-rokok-di-pantai-ke-mahkamah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.130107 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list