CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33013|Reply: 2

[Pulau Pinang] Puluhan 'mat rempit' masuk pukat Polis Trafik di Lebuhraya BORR

[Copy link]
Post time 12-8-2024 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Puluhan 'mat rempit' masuk pukat Polis Trafik di Lebuhraya BORR


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 12, 2024 @ 1:58pm [email protected]







Sebahagian daripada penunggang motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan Polis Trafik sebelum 48 disita dalam pemeriksaan di Lebuhraya BORR petang semalam hingga malam tadi. - Foto ihsan PDRM





BUTTERWORTH: Puluhan 'mat rempit' terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira tiga kilometer, dari Plaza Tol Bagan Ajam ke Balai Polis Butterworth, selepas ditahan menunggang secara bahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata polis terus giat menjalankan operasi dalam usaha menggempur mat rempit dan aktiviti samseng jalanan.

Beliau berkata, dalam operasi yang dilaksanakan itu, sebanyak 48 motosikal disita, manakala 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Operasi ini diadakan bermula jam 5 petang semalam membabitkan 34 anggota polis dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPDT) Polis Pulau Pinang dan BSPDT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) negeri.

"Sebanyak 67 motosikal diperiksa dalam operasi ini sebelum 48 daripadanya disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya.

Hamzah mengingatkan pengguna jalan raya, khususnya golongan remaja supaya tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram atau sebarang aktiviti samseng jalanan yang mengancam nyawa sendiri dan orang lain.

"Polis komited membanteras aktiviti samseng jalanan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya," katanya.

Minggu lalu, media melaporkan sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di BORR Bagan Ajam, di sini hingga video memaparkan perbuatan mereka tular di media sosial.

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi mengelak diri dari ditahan polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan berhampiran plaza tol dekat BORR terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1283772/puluhan-mat-rempit-masuk-pukat-polis-trafik-di-lebuhraya-borr






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 03:00 PM | Show all posts
suka cari penyakit, malahan meminta2 nak masok pukat... phuiks
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:43 AM | Show all posts
Semoga dengan penangkapan ini, mereka menginsafi akan kelakuan mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 2.863715 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list