CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31691|Reply: 0

[Kedah] MADA jangka hasil padi kawasannya kurang kerana kemarau

[Copy link]
Post time 13-8-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode
MADA jangka hasil padi kawasannya kurang kerana kemarau


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 13, 2024 @ 5:43pm [email protected]







Gambar hiasan





ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tidak menolak kemungkinan hasil padi di kawasan seliaannya akan berkurangan musim ini berikutan kesan kemarau berpanjangan.

MADA dalam kenyataannya berkata cuaca panas sebelum ini memberi kesan kepada pertumbuhan padi dan juga menyebabkan tanaman itu lebih terdedah kepada serangan perosak dan penyakit.

Oleh itu, katanya pihak MADA telah mengambil langkah proaktif dalam menangani perkara berkenaan.

"Antara tindakan yang diambil adalah dengan memaksimumkan penggunaan stesen pam guna semula bagi menjimatkan air dari empangan.

"MADA turut melakukan pengoperasian pam bergerak untuk membekalkan air ke kawasan tanah tinggi dan tanah bermasalah serta menjalankan operasi membekalkan air pengairan secara penggiliran mengikut keperluan aktiviti persawahan di setiap wilayah berdasarkan fasa tanaman," katanya.

Selain itu, katanya, MADA sedang mempergiatkan aktiviti kempen pengembangan bagi mempercepatkan aktiviti persawahan dan penjimatan air.

Katanya, status kemajuan aktiviti tanaman padi di Kawasan Muda bagi Musim 1/2024 sehingga minggu pertama bulan ini merekodkan 99.5 peratus kawasan sudah ditanam.

Manakala, jelasnya terdapat 11.5 peratus kawasan yang padinya sudah berbunga dan 0.2 peratus kawasan tanaman sudah masak di mana kawasan berkenaan mula menuai pada awal bulan ini.

"Pihak MADA akan terus komited dalam usaha menambah baik program-program untuk meningkatkan hasil padi di Kawasan Muda untuk memastikan bekalan makanan negara terjamin serta tahap sosioekonomi peladang di kawasan berkenaan terus meningkat.

"Selain itu, pihak MADA juga menyeru kepada pesawah agar bekerjasama dalam memastikan penggunaan air yang optimum dan mengelakkan pembaziran," katanya.

Menurut kenyataan itu, sehingga hari ini status keseluruhan kedudukan semasa takungan empangan dibawah seliaan MADA bagi ketiga-tiga empangan adalah sebanyak 484,844 ekar kaki bersamaan 39.64 peratus.

"Kapasiti takungan Empangan Pedu adalah sebanyak 298,000 ekar kaki bersamaan 34.06 peratus, Empangan Muda sebanyak 10,450 ekar kaki bersamaan 8.36 peratus dan Empangan Ahning sebanyak 176,394 ekar kaki bersamaan 79.10 peratus," katanya.

Menurutnya jumlah takungan di ketiga-tiga empangan masa kini adalah normal dan masih mampu menyokong pengairan tanaman padi untuk musim semasa (musim 1/2024), serta memenuhi keperluan domestik dan industri.

Katanya, keperluan bekalan domestik sehingga akhir tahun ini yang akan dibekalkan dari pelepasan empangan dianggarkan sebanyak 174,930 ekar kaki.

"Selain pelepasan air empangan, keperluan air pengairan dan domestik turut diperolehi melalui sumber-sumber lain seperti turunan hujan, aliran sungai dan penggunaan pam guna semula air saliran," katanya.

Sebagai rekod, MADA mengambil inisiatif dengan menjalankan Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama tiga hari bermula pada 29 sehingga 31 Julai lalu bagi meningkatkan paras air di empangan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1284371/mada-jangka-hasil-padi-kawasannya-kurang-kerana-kemarau






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043546 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list