CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31678|Reply: 0

[Kedah] Nanas MD2 mudah dijaga, hasil lumayan

[Copy link]
Post time 13-8-2024 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Nanas MD2 mudah dijaga, hasil lumayan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 13, 2024 @ 5:36pm [email protected]

Ani menunjukkan Nanas Premium MD2 yang di usahakan di Ladang Nanas Kampung Darat, Changlun. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

CHANGLUN: Permintaan yang tinggi selain sambutan menggalakkan daripada penggemar nanas menyuntik semangat kepada petani, Ani Salleh, 62, untuk meneruskan penghasilan tanaman nanas MD2 secara meluas.

Katanya, tanaman nanas jenis MD2 ini paling mudah kerana tidak perlu dijaga selalu tetapi cukup sekadar meracun dan membaja tanaman itu supaya ia tidak mudah rosak.

"Pada mulanya saya hanya menanam 1,000 pokok nanas MD2 ini di kawasan kampung tidak jauh dari sini sebagai permulaan pada tahun 2015.

"Ketika itu, saya agak kecewa kerana sukar untuk memasarkan buah disebabkan saya tidak kenal pemborong atau pembeli kerana masih baru dalam bidang ini.

"Selama tiga tahun itu juga sehingga 2017, saya terpaksa mencari pembeli untuk menjual nanas yang sudah matang walaupun pada ketika itu buah ini kurang mendapat sambutan," katanya ketika ditemui di ladang nanas miliknya di Kampung Darat, di sini baru-baru ini.

Ani berkata, bagaimanapun dia terus bangkit apabila produk nanasnya sudah diketahui ramai terutama dalam kalangan pemborong yang sanggup datang dari Pulau Pinang untuk membeli pada sekitar tahun 2018 hingga 2022.

Katanya, disebabkan itulah dia bertekad untuk meneruskan penghasilan tanaman nanas MD2 ini lebih meluas di tanah seluas 10 hektar yang ada sekarang ini sejak tahun lalu.

"Sekarang ini permintaan nanas MD2 ini sangat tinggi kerana kualiti buahnya selain rasanya manis secara semula jadi menarik minat ramai pemborong untuk membeli terus di sini sebanyak mana yang ada.

"Buah nanas yang terhasil sebanyak 30,000 biji di kawasan ini adalah musim pertama sejak ditanam pada Mei tahun lalu dan Insya-Allah, kesemua buah ini akan matang sepenuhnya Oktober ini," katanya.

Menurutnya lagi, pokok nanas MD2 ini mampu menghasilkan buah selepas ditanam dan mengambil masa kira-kira 13 bulan untuk matang sepenuhnya.

Katanya, untuk tanaman musim pertama tahun ini, dia mengharapkan pengeluaran buah yang memuaskan hati kerana sudah ada pemborong yang menunggu untuk membeli.

"Kualiti nanas MD2 ini sangat tinggi dan sesuai dijadikan jus minuman, pencuci mulut serta snek makanan kering.

"Alhamdulillah, saya turut mendapat khidmat nasihat dan pemantauan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)," katanya.

Sementara itu, Pegawai LPNM Kedah/Perlis berkata, penanaman nanas di daerah Kubang Pasu memberi tumpuan pada nanas jenis MD2.

Beliau berkata, setakat ini lebih 100 pengusaha tanaman nanas MD2 menjalankan projek tanaman itu yang mendapat sambutan menggalakkan hinggakan harganya mencecah tinggi.

"Setiap tahun kami menerima banyak borang untuk permohonan bantuan benih dan baja untuk mengusahakan tanaman nanas ini.

"Namun di daerah Kubang Pasu, majoriti 99 peratus mengusahakan tanaman nanas MD2 ini malah di pasaran bagi negeri kedah hanya ada dua jenis nanas yang mendapat sambutan iaitu MD2 dan Morris.

"Apabila sampai tempoh matang, jika pengurusan tanaman dilakukan dengan baik, buah yang terhasil bersaiz besar sehingga boleh mencecah tiga kilogram (kg) sebiji," katanya.

Salleh, 62, untuk meneruskan penghasilan tanaman nanas MD2 secara meluas.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1284367/nanas-md2-mudah-dijaga-hasil-lumayan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040744 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list