CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17578|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mahu kerja mudah, kos murah punca buang sisa kimia secara haram - CICM

[Copy link]
Post time 14-8-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Mahu kerja mudah, kos murah punca buang sisa kimia secara haram - CICM


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 14, 2024 @ 1:51pm [email protected]







Abdul Rahman (dua dari kanan) bersama Abd Hapiz (dua dari kiri) bertukar dokumen MOU pada Majlis Penandatangan MOU di Bilik Persidangan Canselori USM. - Foto NSTP/Danial Saad





GEORGETOWN: Ribuan syarikat kimia bersaiz kecil dan sederhana di seluruh negara tidak berminat menjadi ahli Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM) sekali gus terbabit dalam inisiatif Responsible Care (RC) bagi mendorong usaha menambah baik pengurusan sisa kimia secara selamat.

Pengerusi CICM, Datuk Dr Abd Hapiz Abdullah, berkata pada ketika ini terdapat 150 syarikat kimia di negara ini telah menyatakan komitmen untuk menguruskan operasi mereka berdasarkan 10 prinsip panduan dan kod amalan RC sejak pelancarannya di Malaysia pada 1994.

Beliau berkata, RC adalah inisiatif sukarela industri kimia global, bermula di Kanada pada 1984 seterusnya diperkembangkan persatuan-persatuan industri kimia meliputi hampir 70 negara di serata dunia.

"Malangnya masalah pelupusan sisa kimia secara salah misalnya, dibuang ke dalam sungai daripada dahulu sampai sekarang masih berlaku, tetapi syarikat yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan ahli kita.

"Mereka melakukannya, buang (sisa kimia) itu kebanyakannya kerana memilih cara atau tugas paling mudah dan murah tanpa mengambil kira pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan penjagaan alam sekitar.

"Justeru, kita dari pihak CICM telah menganjurkan banyak program latihan, giat melakukan hebahan selain bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Abd Hapiz mewakili CICM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed dengan USM menjadi institusi pengajian tinggi pertama menerima pakai RC.

Abdul Rahman berkata, sebagai permulaan, tiga Pusat Tanggungjawab (PTJ) USM dipilih bagi pelaksanaan program RC iaitu Insititut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) Kampus Induk, INFORMM Kampus Kejuruteraan dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif CICM, Datuk Muhtar Hashim, menjelaskan meskipun RC tidak diwajibkan secara undang-undang, pihaknya menyifatkan inisiatif itu sebagai mustahak dalam membantu sesebuah syarikat berkembang dan mendapat pengiktirafan dunia.

"Walaupun ia inisiatif secara sukarela, RC diiktiraf di seluruh dunia itu mustahak mana-mana syarikat yang mengamalkannya juga dalam pemasaran produk akan memudahkan penerimaan dalam pasaran dunia dan membantu sesebuah syarikat berkembang," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1284663/mahu-kerja-mudah-kos-murah-punca-buang-sisa-kimia-secara-haram-cicm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.110469 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list