CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37287|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada OKT lolos dari mahkamah - Polis

[Copy link]
Post time 19-8-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Tiada OKT lolos dari mahkamah - Polis


Nur Izzati Mohamad[email protected]







GAMBAR hiasan





Butterworth: Dakwaan seorang orang kena tahan (OKT) lelaki melarikan diri dari Mahkamah Butterworth, di sini, hari ini seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan C Tharmalingam, berkata orang awam tidak perlu gusar terhadap dakwaan berkenaan.

Katanya, OKT lelaki berusia 36 tahun itu sebenarnya sudah dibebaskan apabila mahkamah membenarkan dia diikat jamin bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Maklumat tular itu tidak betul kerana tiada insiden OKT meloloskan diri dari mahkamah.

"Sebenarnya OKT itu sudah dibebaskan dengan jaminan RM3,000 beserta seorang penjamin yang mana orang ramai tidak perlu gusar terhadap dakwaan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman audio berdurasi 41 saat bersama gambar seorang OKT di media sosial hari ini yang didakwa seorang lelaki berdepan pertuduhan kes dadah di Mahkamah Butterworth melarikan diri.

Audio itu turut memberitahu OKT berkenaan mengenakan baju berwarna kuning dan memakai gelang kaki pengawasan.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2024 @ 7:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124651/tiada-okt-lolos-dari-mahkamah-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.429883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list