CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37643|Reply: 1

[Kedah] Dua mayat disahkan ibu dan anak, ada kesan kelar dipercayai dibunuh

[Copy link]
Post time 20-8-2024 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Dua mayat disahkan ibu dan anak, ada kesan kelar dipercayai dibunuh


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 20, 2024 @ 12:44am [email protected]







Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat dua wanita dalam longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim. NSTP/Zuliaty Zulkiffli





ALOR SETAR: Dua mayat yang ditemui dalam longkang di belakang bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, di sini semalam, disahkan adalah dua beranak.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata mayat wanita berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu ditemui kira-kira jam 5 petang semalam.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu ditemui orang awam sebelum menghubungi pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 5.04 petang.

"Sejurus menerima laporan, pasukan penyiasat digerakkan ke lokasi untuk melakukan siasatan awal.

"Siasatan di lokasi mendapati kedua-dua mayat yang lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil.

"Mereka ditemui dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mayat," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, mayat kedua-dua beranak yang dipercayai warganegara asing itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, berdasarkan risikan pantas yang dilakukan, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang dipercayai bapa dan suami mangsa pada jam 9 malam tadi di Masjid Bukit Pinang, di sini.

"Tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar esok bagi tujuan permohonan tahanan reman untuk meneruskan siasatan.

Beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berhampiran, atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Asisten Superintendan Faizul Izuan Harun di talian 04-7747222.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1287267/dua-mayat-disahkan-ibu-dan-anak-ada-kesan-kelar-dipercayai-dibunuh






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 09:50 AM | Show all posts
baca kt tiktac, ada lg yg bapak ni bunuh.. gila betoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058751 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list