CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43327|Reply: 0

[Kedah] Keganasan rumah tangga disyaki motif bunuh isteri, anak - Polis

[Copy link]
Post time 20-8-2024 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Keganasan rumah tangga disyaki motif bunuh isteri, anak - Polis


BERNAMA






TIMBALAN Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah pada sidang media, hari ini. FOTO Wan Nabil Nasir.




Alor Setar: Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Timbalan Ketua Polis Kedah Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berkata kejadian itu tidak membabitkan pihak lain atau keganasan terancang, sekali gus meminta orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat di negeri ini sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa.

"Hasil risikan kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang jugasuami dan bapa kepada mangsa jam 9.20 malam.

"Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak.

"Dalam kejadian semalam, polis menemui mayat isteri dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun manakala seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat penemuan satu mayat kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah pada 12 tengah hari tadi yang dipercayai anak bongsu suspek.

"Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak itu turut menemukan kesan kelar sama seperti dua mayat semalam.

"Jadi, kita percaya mayat itu adalah anak bongsu suspek dan kita akan jalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa," katanya.

Adzli berkata pihaknya mengesyaki kesemua mangsa dibunuh pada Ahad lalu di dalam bangunan terbiar itu sebelum dua mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan.

Pada malam kejadian katanya, ada saksi yang ternampak suspek bersama anak lelakinya berada berhampiran longkang di Jalan Pegawai kira-kira dua kilometer dari bangunan itu dan terdengar seperti ada sesuatu yang dibuang di dalam longkang besar berkenaan.

Dalam pada itu, Adzli berkata suspek yang hidup secara gelandangan bersama isteri dan anak-anaknya itu turut positif tiga jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine dan mop.

"Mungkin suspek ada tekanan keluarga, ditambah pula bawah pengaruh dadah, jadi kemungkinan besar ini semua membabitkan keganasan rumah tangga tetapi kita akan soal siasat anak lelakinya yang berusia lima tahun itu kerana sekarang dia masih dalam keadaan trauma.

"Suspek kini ditahan reman hingga 26 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 6:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1125048/keganasan-rumah-tangga-disyaki-motif-bunuh-isteri-anak-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059575 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list