CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41036|Reply: 0

[Kedah] Waspada air pasang besar di Pantai Chenang, Pantai Tengah Langkawi

[Copy link]
Post time 21-8-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-8-2024 05:16 PM

Waspada air pasang besar di Pantai Chenang, Pantai Tengah Langkawi


Oleh Hamzah Osman - Ogos 21, 2024 @ 11:01am [email protected]







Gambar hiasan





LANGKAWI: Fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama empat hari bermula hari ini di Pantai Chenang dan Pantai Tengah di sini yang mengakibatkan paras ombak paling tinggi boleh mencecah lebih tiga meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten Khairul Afzan Md Yasin, berkata pihaknya sudah mengarahkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan di dua lokasi berisiko itu.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan peka dengan tanda amaran bendera merah yang dinaikkan oleh anggota penyelamat pantai di Pantai Chenang dan Tengah di sini, yang juga kawasan tumpuan utama pelancong.

"Bendera merah sebagai panduan kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku empat hari mulai hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairul Afzan berkata, paras air laut dikategorikan sebagai berbahaya dengan ketinggian ombak dilaporkan mencecah maksimum 3.17 meter menjelang jam 1.30 tengah hari ini, sekali gus tidak selamat untuk sebarang aktiviti riadah.

"Pengunjung pantai perlu lebih berhati-hati dan sentiada waspada dengan perubahan keadaan sekitar dan segera memaklumkan kepada anggota APM jika melihat kejadian boleh mengundang kemalangan," katanya.

Sementara itu, Pusat Hidrografi Nasional dalam kenyataan turut meramalkan berlaku fenomena sama yang berakhir Sabtu ini dan ia seiring dengan maklumat terkandung dalam Jadual Pasang Surut Malaysia 2024.

"Air pasang besar boleh menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan kemungkinan berlaku banjir. Penduduk berhampiran kawasan persisir pantai disaran lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.

"Sila pantau keadaan cuaca semasa dengan merujuk kepada agensi berkaitan bagi mendapatkan informasi keselamatan kawasan pesisir pantai," katanya dalam kenyataan dimuat naik pada laman Facebook rasminya.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai paras pasang surut air kawasan berhampiran dengan melayari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1287789/waspada-air-pasang-besar-di-pantai-chenang-pantai-tengah-langkawi






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057483 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list