CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72649|Reply: 0

[Kedah] Sampai kini masih dihina

[Copy link]
Post time 24-8-2024 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Sampai kini masih dihina


Noorazura Abdul Rahman[email protected]






KHAIRUDDIN melukis menggunakan kaki. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Kuala Nerang: Pengalaman tidak makan selama empat hari dan hanya minum air paip demi kelangsungan hidup.

Itu antara keperitan ditempuhi selama setahun oleh pelukis orang kurang upaya (OKU) kudung kedua-dua tangan yang sering dipandang hina segelintir masyarakat.

Menceritakan kisah sedihhnya, Mohd Khairuddin Che Rani, 35, berkata, minat mendalam dengan dunia lukisan menyebabkan dia ditipu majikan ketika mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008.

Menurutnya, dia hanya dibayar upah RM50 bagi setiap dua minggu menyebabkannya hanya dapat makan beberapa hari sekali dan menjadikan air paip untuk mengalas perut.

Katanya, dia bekerja mengangkat barang di kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan hasilnya dikumpul untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.



ANTARA lukisan hasil kerja kaki Khairuddin melukis menggunakan kaki. FOTO Noorazura Abdul Rahman

"Tapi nasib saya kurang baik apabila majikan yang berjanji berkongsi keuntungan jualan lukisan saya secara sama rata tidak berbuat demikian. Sebaliknya dia hanya beri RM50 dua minggu sekali. Ketika itu saya tidak mampu beli makanan, dalam seminggu boleh dikatakan hanya sekali atau dua kali saja.

"Saya bertahan selama setahun kerana minat terhadap seni lukis sehingga saya ambil keputusan sambung belajar di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) OKU di Bangi dalam bidang seni visual.

"Di situ saya mengenali ramai orang dan Alhamdulillah, ada hamba Allah yang baik hati memberi peluang saya berniaga di lot kedai miliknya," katanya ketika ditemui di Pokok Sena.

Bercerita lanjut, Khairuddin berkata, pada mulanya dia menjual pakaian dan lukisan di kedai itu sebelum mengambil keputusan bekerja di Persatuan Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd (MFPA) di Kuala Lumpur.

Menurutnya, selepas bekerja dengan syarikat itu, kehidupannya bertambah baik apabila turut menerima komisen selain gaji pokok apabila lukisannya terjual.

"Di sini saya membina kehidupan lebih baik. MFPA ada cawangan di Kuala Lumpur namun ibu pejabatnya berpangkalan di Switzerland. Setiap bulan saya perlu hasilkan lima karya untuk dijual di sana.

"Hasil jualan lukisan diberikan sepenuhnya kepada saya, cuma saya perlu maklum kepada syarikat untuk saya kumpul mata atau seperti KPI (petunjuk prestasi utama).

"Pada 2014, sambil bekerja saya sambung pengajian dalam program pemantapan kemahiran bidang seni visual untuk OKU di Universiti Malaya (UM) selama setahun," kata bapa seorang anak berusia enam bulan.

Mohd Khairuddin berkata, biarpun dia keluar dari kepompong kemiskinan namun stigma segelintir masyarakat terhadap OKU masih cetek.

KHAIRUDDIN bersama isteri Nur Azwani dan anak mereka yang berusia enam bulan. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Katanya, sehingga kini dia masih dilayan buruk oleh sesetengah masyarakat kerana ada menyangka dia meminta sedekah.

"Pernah terjadi di kedai makan apabila saya panggil beberapa kali pekerja untuk ambil pesanan, tapi tak ada yang layan sehingga sejam saya tunggu.

"Akhirnya saya keluar dari kedai makan itu, mungkin mereka sangka saya peminta sedekah.

"Malah, kini walaupun saya berkahwin dan ada isteri dan anak sempurna, orang masih bertanya 'otak anak okay tak?' tapi saya abaikan sahaja, malah ada yang perlekehkan saya hanya guna kaki untuk melukis," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 24, 2024 @ 6:45am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1126363/sampai-kini-masih-dihina





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064662 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list