CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42593|Reply: 0

[Kedah] Kedah perlu elak ekspatriat SBEZ tinggal di Danok

[Copy link]
Post time 25-8-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Kedah perlu elak ekspatriat SBEZ tinggal di Danok

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP





Alor Setar: Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam akan dilengkapi kemudahan infrastruktur lengkap bagi mengelak ekspatriat memilih tinggal di Danok, Thailand.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, ini bagi mengelak situasi yang berlaku di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) sebelum ini, apabila kerajaan negeri terlepas pandang soal pembangunan komersial dan kediaman di kawasan itu.

Jelasnya, adalah sangat merugikan kepada negeri ini sekiranya ekspatariat terbabit memilih tinggal di Danok dan hanya berulang-alik untuk bekerja di SBEZ kerana kekurangan perumahan dan premis perniagaan.

"Ketika ini, sangat kritikal untuk kita bangunkan SBEZ, namun jangan kita ulangi apabila kita terlepas pandang apa yang berlaku di KHTP ketika kita bangunkan kilang nilainya mencecah RM105 bilion.

"Tetapi kita terlepas pandang pembangunan komersial dan kediaman di KHTP dan ini jangan diulangi di SBEZ, saya bimbang jika tidak digerakkan segera maka di sebelah Thailand iaitu Danok akan membangun, maka ekspatriat akan tinggal di Danok dan bekerja di SBEZ. Jika itu berlaku, ia amat mendukacitakan kita," katanya.

Haim Hilman (PN-Jitra) menjawab pertanyaan Abdul Ghafar Saad (PN-Guar Chempedak) yang ingin tahu status pembangunan SBEZ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Haim Hilman berkata, perkara itu adalah peringatan kepada kerajaan negeri untuk menangani isu terbabit dengan memastikan pembangunan infrastruktur strategik di kawasan sekitar Bukit Kayu Hitam dibangunkan segera.

"Pelabur tidak berminat untuk tahu tentang sentimen dalaman kita, pada mereka adakah terdapat infrastruktur strategik tersedia. Jejambat di Changlun harus dibangunkan segera dan segala usaha bersama Kerajaan Persekutuan.

"Selain itu, isu trafik bermula dari pintu sempadan Kompleks CIQS Bukit Kayu Hitam sehingga ke Lebuh raya Utara Selatan juga perlu diambil perhatian bagi memastikan kenderaan perdagangan dapat bergerak lancar," katanya.

Mengulas lanjut, Haim Hilman menjelaskan, SBEZ perlu dibangunkan secara strategik kerana ia menjadi gerbang kepada pasaran Indochina seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan China.

"Fasa 1 KSTP berkeluasan 167 hektar yang dibangunkan PKNK kini bersedia menerima pelabur. Untuk Fasa 2A, kerja pembangunan fizikal dan tanah akan bermula hujung bulan depan sebelum dijangka selesai dan bersedia menerima pelabur pada 2026.

"Delapan SBEZ pula sedang giat dibangunkan dengan pembangunan Fasa 1 (Depoh Kontena Dalaman) dan Fasa 2 (Kompleks Pergudangan Zon Komersil Bebas) kini sudah mencapai kemajuan 98 peratus siap," katanya.

Untuk rekod, SBEZ yang berkeluasan 4,705 hektar terbahagi kepada dua komponen iaitu Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) dan Delapan SBEZ dizonkan sebagai kawasan perindustrian antarabangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).



Disiarkan pada: Ogos 25, 2024 @ 1:03pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1126846/kedah-perlu-elak-ekspatriat-sbez-tinggal-di-danok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.061731 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list