CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19770|Reply: 0

[Negeri Sembilan] UXO ditemukan pekerja ladang di Gemas

[Copy link]
Post time 26-8-2024 07:32 AM | Show all posts |Read mode


- Foto hiasan

Seremban: Sebutir objek menyerupai bom lama ditemukan di tapak projek Ladang F&N Agrivalley di Jalan Pasir Besar-Jelai dekat Gemas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) oleh seorang pekerja ladang itu pada jam 4.50 petang.

"Hasil dari maklumat itu, sepasukan polis dari Gemas dan Tampin pergi ke lokasi kejadian dan mendapati ada objek berkenaan.
"Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dimaklumkan untuk tindakan pemusnahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tempat kejadian merupakan kawasan tapak projek yang diusahakan oleh F&N Agrivalley sejak setahun lalu dan UXO itu dijumpai semasa kerja-kerja mengorek tanah untuk meratakan tapak pembinaan.

Amiruddien berkata siasatan awal mendapati UXO adalah daripada jenis Aerial Bom 1000lbs yang dilancarkan dari udara, berdasarkan penemuan 'cupingpenggantungan' pada permukaannya dengan ukuran panjang 153 sentimeter (cm) dan ukur lilit 142 cm.

"Setelah penilaian risiko, pasukan UPB Negeri Sembilan membuat persiapan bagi menjalankan tindakan pemusnahan UXO itu.

"Proses memusnahkan bom selesai pada pukul 2.45 petang hari ini setelah tindakan pembersihan keselamatan dijalankan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahan letupan yang tertinggal," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061874 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list