CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15973|Reply: 0

[Kedah] Pengendali kereta kabel Langkawi rugi RM300,000 akibat kepala air

[Copy link]
Post time 27-8-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pengendali kereta kabel Langkawi rugi RM300,000 akibat kepala air


Oleh Hamzah Osman - Ogos 27, 2024 @ 11:04am [email protected]







Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Panorama Langkawi Sdn Bhd melakukan gotong-royong pembersihan susulan fenomena kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh, Jumaat lalu. - Foto ihsan Panorama Langkawi Sdn Bhd





LANGKAWI: Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi), syarikat pengendali perkhidmatan kereta kabel (Langkawi SkyCab), di Oriental Village di sini, menanggung kerugian RM300,000 selepas banyak harta benda syarikat itu rosak akibat kepala air Jumaat lalu.

Panorama Langkawi memaklumkan daripada jumlah itu pihaknya rugi RM200,000 membabitkan kerosakan barangan masing-masing disimpan di stor SkyBoutique, kelengkapan teknologi maklumat ( IT) dan beberapa aset lain.

"Sebanyak RM100,000 lagi kerugian bagi kerosakan infrastruktur di kawasan Oriental Village dan Taman Eko-Rimba Telaga Tujuh dengan kesemuanya disebabkan banjir kilat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena kepala air dipercayai berpunca dari takungan Sungai Perangin di Taman Eko-Rimba Telaga Tujuh tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dan deras susulan hujan lebat.

"Susulan itu, kedudukan Oriental Village yang letaknya di kaki Gunung Machinchang tidak dapat mengelak untuk berdepan banjir kilat selama kira-kira sejam setengah mulai 1.10 tengah hari, pada hari kejadian.

"Bagaimanapun, sejurus kejadian itu, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Panorama Langkawi telah diaktifkan serta merta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bencana yang ditetapkan," katanya.

Tambah kenyataan itu, dalam situasi cemas itu pengunjung diarahkan meninggalkan kawasan Oriental Village dengan pemantauan ketat, selain operasi kereta kebal dihentikan sementara bagi mengelak kejadian buruk.

"Selepas hujan berhenti kira-kira jam 3 petang pada hari kejadian, kakitangan ERT melakukan gotong-royong pembersihan dan perkhidmatan kereta kabel dapat beroperasi seperti biasa pada keesokannya," katanya.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, sebuah kenderaan yang diletak di Parkir B Oriental Village berhampiran Air Terjun Telaga Tujuh, di sini terdampar di sungai selepas dihanyutkan arus akibat kepala air.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, beberapa kenderaan lain yang diletak di kawasan parkir sama dilaporkan turut rosak selepas dinaiki air sedalam 0.5 meter.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1290557/pengendali-kereta-kabel-langkawi-rugi-rm300000-akibat-kepala-air






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.194799 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list