CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22419|Reply: 0

[Perlis] Baru dibebas Februari lalu, bekas banduan dihadapkan ke mahkamah kes dadah

[Copy link]
Post time 28-8-2024 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Baru dibebas Februari lalu, bekas banduan dihadapkan ke mahkamah kes dadah


Oleh Aizat Sharif - Ogos 28, 2024 @ 11:46am [email protected]







Tertuduh, Yusfazli Yusop (berkemeja T hitam) dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar. - Foto NSTP/AIZAT SHARIF





KANGAR: Seorang bekas banduan berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 2.85 kilogram di Padang Besar pada 18 Ogos lalu.

Tertuduh, Yusfazli Yusof, 32 dari Felda Mata Ayer, Padang Besar yang baharu dibebaskan dari penjara pada Februari lalu hanya mengangguk faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusfazli didapati mengedar dadah berbahaya jenis ganja seberat 2850 gram (2.85kg) di hadapan sebuah kedai wakil insurans di Jalan Padang Besar.

Tertuduh didapati melakukan perbuatan itu pada 18 Ogos lalu sekitar jam 12.05 tengah hari.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Pegawai Pendakwa Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Asisten Superitendan Musa Ujang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ana Rozana menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh memandangkan kes berkenaan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 5 Disember hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Terdahulu, tertuduh tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 8.45 pagi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Pada 20 Ogos lalu, media melaporkan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah berjaya merampas tiga bungkusan plastik lustinar disyaki dadah jenis ganja seberat 2.85 kilogram (kg) selepas memberkas seorang lelaki dipercayai 'keldai dadah' di Jalan Padang Besar.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sekitar jam 12.05 tengah hari oleh sepasukan anggota polis selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah kedai wakil insurans di laluan berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek mengambil upah dari seorang warganegara jiran sebanyak RM500 bagi membawa masuk dadah berkenaan ke negara ini serta semakan rekod mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1291039/baru-dibebas-februari-lalu-bekas-banduan-dihadapkan-ke-mahkamah-kes-dadah






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042201 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list