View: 24539|Reply: 41
|
Ellie Suriaty mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki berusia lebih 10 tahun muda berbanding dirinya.
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kini bahagia menyulam cinta dengan kekasih hati, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki berusia lebih 10 tahun muda berbanding dirinya.
Ellie, 53, bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti lelaki yang berusia lewat 30-an itu.
Katanya, dia sangat terharu meskipun usia sudah separuh abad, namun masih ramai lelaki yang berusaha untuk mendekati dirinya.
“Ada ramai yang ingin berkenalan dengan saya, tetapi mereka itu semua hanya kawan biasa, melainkan dia, kerana dia istimewa pada saya.
“Sekarang kami sedang saling mengenali. Sejujurnya jika ada jodoh saya bersedia untuk bergelar isteri semula, tetapi perkara sebegitu lebih baik serahkan kepada Tuhan yang menentukan.
Siapa orangnya itu biarlah rahsia. Kami saling mengenali sudah lebih setahun dan dia juga orang dalam industri hiburan,” jelasnya.
Ditemui pada pementasan teater Andak Bertandak di Pusat Persembahan Kesenian Kuala Lumpur (KLPAC) semalam, Ellie turut berkata, dia tertarik dengan kesungguhan kekasihnya yang terbuka menerima statusnya sebagai ibu tunggal dengan dua anak.
Tambah Ellie, dia juga gembira menjalani hubungan dengan kekasihnya sekarang di samping mengharapkan keluarga lelaki tersebut dapat menerima dia seadanya.
“Saya kalau boleh tidak mahu bercerita lebih-lebih sebab nanti kalau tidak jadi, malu. Tetapi kalau ada jodoh saya okey saja.
“Usia dia lebih muda daripada saya dan dia juga bujang. Bagi saya, apabila dia boleh menerima anak-anak, itu sudah memadai.
“Saya juga kena pastikan keluarga dia boleh terima saya dengan anak-anak atau tidak. Pengalaman berkahwin sebelum ini membuatkan saya faham tentang hubungan dengan sanak saudara,” katanya.
Pelakon filem Spinning Gasing itu turut memberitahu bahawa kekasihnya mengaku lebih tertarik dengan wanita berusia.
“Pada usia begini saya tidak sangka akan menemui cinta lagi. Terus terang saya segan untuk naik pelamin lagi.
“Saya ada bertanyakan kepada dia
kepada dia kenapa suka dengan saya, tetapi jawabnya kerana senang bercinta dengan wanita matang. Tetapi pada saya ini bukan satu perkara mudah.
“Orang akan mempersoal mengapa bercinta dengan orang tua. Saya sendiri berasa sukar kerana umur saya 53, bukan 35. Saya bukan tidak mempercayai dia, tetapi saya kurang percaya dengan diri sendiri, adakah mampu untuk menjalani semua ini,” ujarnya.
Untuk rekod, Ellie atau Ellie Suriaty Omar berkahwin dengan aktor Azri Iskandar pada 2003 dan bercerai pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun usia perkahwinan.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15. – KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adohai pondesyen salah tone
Sapa MUA wei |
|
|
|
|
|
|
|
Ai_kiu replied at 30-8-2024 10:33 AM
Adohai pondesyen salah tone
Sapa MUA wei
Sndri touch up kot |
|
|
|
|
|
|
|
wow laki umo 43 la kn..
ex shuben aritu dh kawen ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dapat boipren muda |
|
|
|
|
|
|
|
bnd yg herlok jgn dilambatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ellie Suriaty mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki berusia lebih 10 tahun muda berbanding dirinya.
Ellie, 53, bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti lelaki yang berusia lewat 30-an itu.
macam mana punya matematik sapa yg tulis ni. patutnya awal 40an la. 43. bukan lewat 30an. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon tukar pondesyen acik eli. Dah rupa tepung gomak. |
|
|
|
|
|
|
|
taji2906 replied at 30-8-2024 10:55 AM
macam mana punya matematik sapa yg tulis ni. patutnya awal 40an la. 43. bukan lewat 30an.
Kan ayat nya “umur lebih 10 tahun” meaning more than 10 years. Bukan ngam 10 years. Betul lah hujung 30an. |
|
|
|
|
|
|
|
Go elly. Harap kali cari yg helokk sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Good for her. Pandai cari duit. Yg jantan tu jgn la pulak niat nk membiawak. |
|
|
|
|
|
|
|
moga ada jodohnya acik elly  |
|
|
|
|
|
|
|
haaaaa kang nnt acik elly yang naik pelamin dulu
kita ucap tahniah awal2 lah |
|
|
|
|
|
|
|
Ellie suriatu pakai magic powder silky girl ke tu bercapuk muka cam tepung gomak eh |
|
|
|
|
|
|
|
Moga laki tu bukan biawak jadian. Pilih baik2 acik ellie oi. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tulis 30-an.....ke aku yg fail maths....
tapiiii....mmg perlu eh mentioned the age gap?
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik ellie nak tegur 1 je
Cari tone foundation yg sesuai please
Dah mcm pakai topeng
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu eli. Cuma jgn azri 2.0 dah ler |
|
|
|
|
|
|
|
Ai_kiu replied at 30-8-2024 02:33 AM
Adohai pondesyen salah tone
Sapa MUA wei
mcm pkai bedak temulawak 1 inci |
|
|
|
|
|
|
| |
|