Menerusi hantaran di IG Oh Bulan, pelakon Lana Nodin pula tampil memberi teguran kepada pempengaruh itu dengan meminta supaya tidak mengeluarkan konten kerana bimbang akan disaman pihak tertentu.
Sementara itu, Lana turut menegur sikap Imran yang seolah tidak beradab serta mencerminkan sikap generasi masa kini.
Terdahulu, Ellie meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar namanya menerusi video di TikTok.
Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.
SUMBER: Oh Bulan, Rotikaya