Edited by sfhzuraz at 31-8-2024 11:58 AM
Tidak berganjak saksikan perarakan walau hujan renyai
OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
31 Ogos 2024 11:25am
Orang ramai mengambil tempat untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Padang Kota Lama pada Sabtu.
GEORGE TOWN - Kira-kira 10,000 pengunjung hadir menyaksikan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Pulau Pinang 2024 yang diadakan di Padang Kota Lama, di sini pada Sabtu.
Meskipun hujan renyai, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perbarisan yang disertai 106 penyertaan kontinjen kawad kaki daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk anak syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sebanyak 20 penyertaan kontinjen kenderaan melibatkan 714 kenderaan dan 1,078 orang.
Jumlah keseluruhan penyertaan kontinjen pada tahun ini seramai 10,145 orang.
]
Orang ramai mengambil tempat untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Padang Kota Lama pada Sabtu.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor hadir menyaksikan perbarisan dan perarakan yang bermula jam 8 pagi.
Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta barisan pimpinan kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.
Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Pulau Pinang diserikan lagi dengan persembahan koir lagu patriotik oleh pelajar sekolah, persembahan gabungan tarian tiga kaum.
Sambutan semakin meriah dengan persembahan pukulan jidor dan pasukan kawalan kehormatan dari Rejimen Kedua Paukan Melayu Di Raja serta aset kenderaan iaitu Perisai GEMPITA 8x8.
https://www.sinarharian.com.my/article/683224/khas/cerita-merdeka/tidak-berganjak-saksikan-perarakan-walau-hujan-renyai
|