CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54014|Reply: 0

[Kedah] Tak sangka ada yang 'tag' Aina Abdul disebabkan baju itu' - Ibu

[Copy link]
Post time 31-8-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Tak sangka ada yang 'tag' Aina Abdul disebabkan baju itu' - Ibu


Redzuan Muharam[email protected]






NUR Zuyyin Deeniyya menggayakan busana bertemakan Jalur Gemilang dan kemerdekaan untuk menyertai pertandingan pakaian beragam di sekolah. FOTO ihsan Nur Ambiya Roslan





Sungai Petani: Umurnya baru 10 tahun namun semangat patriotik sudah membara dalam diri Nur Zuyyin Deeniyya Mohamad Sofi.

Buktinya, Nur Zuyyin Deeniyya yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Aman Tikam Batu, di sini, sanggup menaiki pikap dengan memakai busana bertemakan Jalur Gemilang dan kemerdekaan untuk menyertai pertandingan pakaian beragam di sekolah.

Kisah Nur Zuyyin Deeniyya perhatian selepas ibunya, Nur Ambiya Roslan, 29, yang juga individu bertanggungjawab dalam menghasilkan busana berkenaan memuat naik video anaknya menaiki pikap di TikTok.

Berkongsi kisah itu, Nur Ambiya berkata, video itu dirakam ketika anaknya mahu ke sekolah kelmarin dan tidak sangka ia boleh mendapat perhatian ramai dengan lebih 900,000 tontonan kerana sekadar berkongsi di TikTok untuk suka-suka serta dijadikan kenangan.

"Kisahnya saya tak boleh bantu siapkan anak di sekolah, jadi dia kena pakai baju berkenaan dari rumah.

"Cuma kainnya agak kembang dan tak sesuai untuk duduk dalam kereta kerana ada bahagian baju itu diperbuat daripada dawai jadi suami hantar anak ke sekolah menaiki pikap.

"Asalnya nak hantar anak guna lori tapi penuh dengan padi, jadi ganti dengan pikap. Tapi itu pun kena turunkan dulu tong minyak di atas pikap supaya baju anak tak kotor dan syukur dia selamat sampai ke sekolah pada hari itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Nur Ambiya berkata, busana itu dihasilkan bersama suami, Mohamad Sofi Azhar, 34, dan Nur Zuyyin Deeniyya menggunakan barangan terpakai seperti tali pinggang, straw, dawai serta plastik.

Menurut Nur Ambiya, busana itu mengambil masa selama seminggu untuk dihasilkan dan dia usaha juga menyiapkannya demi menyokong penyertaan anaknya dalam program di sekolah kelmarin.

"Anak saya teruja nak masuk pertandingan itu kerana tahun lalu pun dia turut serta cuma tiada tema.

"Tahun ini, pihak sekolah tetapkan tema busana kemerdekaan daripada barangan terpakai dan ikutkan bukan kepakaran saya untuk buat baju sebegitu tapi cuba sahut cabaran kerana mahu beri sokongan kepada anak serta program di sekolah.

"Saya buat baju itu bersama suami dan anak tapi cikgu juga ada beri idea.

"Kelopak bunga pada baju itu dihasilkan dengan dawai, manakala straw bagi hiasan bunga di kepala dan ada juga guna tali pinggang suami untuk digayakan di pinggang bersesuaian dengan konsep gunakan barangan terpakai.

"Seronok sebenarnya kerana sambil hasilkan baju, saya dan suami dapat luangkan masa dengan anak serta terangkan mengenai Jalur Gemilang serta perihal kemerdekaan," katanya.

Nur Ambiya berkata, keputusan pertandingan itu akan diumumkan pada 12 September depan dan dia mahupun anaknya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana sekadar mahu berseronok serta menyokong penganjuran program di sekolah.

"Menang atau kalah tak jadi masalah kerana memang masuk untuk suka-suka.

"Saya pun kagum tengok hasil baju murid lain yang dihasilkan ibu bapa mereka.

"Tak sangka banyak komen positif diterima selepas berkongsi video di TikTok dan lucu apabila ada yang sampai 'tag' Aina Abdul disebabkan baju itu.

"Tapi ada juga komen 'nakal' di Facebook (FB) yang mengatakan saya gigih buat baju walaupun hadiah tak seberapa. Saya baca saja dan abaikan kerana apa yang penting, saya dengan anak seronok," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 31, 2024 @ 11:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1128991/tak-sangka-ada-yang-tag-aina-abdul-disebabkan-baju-itu-ibu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033628 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list