CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50494|Reply: 0

[Johor] 5.2 juta disaring, 46 suspek Mpox disahkan negatif

[Copy link]
Post time 6-9-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs)di Jalan Dhoby, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 46 kes yang disyaki suspek virus cacar monyet atau 'monkeypox' (Mpox) adalah negatif.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu diperoleh hasil saringan yang dibuat ke atas 5.2 juta pengembara yang masuk ke negara ini setakat ini.

"Mutakhir ini, kita sudah saring 5.2 juta (pengembara) dan daripada jumlah itu kita dapat 46 kes suspek Mpox, namun berita gembiranya, semua negatif.

"Sehingga kini, kita belum berdepan apa-apa cabaran, semoga ia kekal begini. Terakhir, kita berdepan kes positif dalam varian clade II (dua) bukan I (satu) yang lebih ganas iaitu sembilan kes pada Disember 2023," katanya ketika sidang media selepas mengadakan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Jalan Dhoby di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

Dr Dzulkefly berkata, sejak 16 Ogos lalu, KKM sudah memulakan segala langkah siap sedia terutamanya di pintu-pintu masuk sempadan negara.

Dalam lawatan ke negeri ini, beliau turut memantau operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi memastikan semua langkah kesiapsiagaan sudah diletakkan.

"Kita sudah mengambil langkah yang wajar dan sesuai. Kita lakukan saringan di pintu-pintu masuk. Kita terus tingkatkan segala jagaan pintu masuk dari laut, udara dan antarabangsa. Ini tidak akan sebabkan kelewatan (pelepasan)," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap situasi Mpox di negara ini tidak dibandingkan dengan negara jiran, Singapura, bagi mengelakkan suasana menggusarkan.

"Jangan terlalu buat perbandingan dengan Singapura. Kita punya cabaran sendiri dan SOP (prosedur operasi standard) yang kita telah letakkan. Singapura ada kuarantin, kita tidak sampai ke tahap itu kerana kita masih lagi terkawal, tiada kes positif.

"Kita tidak mahu orang berlengah-lengah atau cuai, tetapi pada waktu sama, kita tidak mahu orang digemparkan dengan apa juga pendekatan yang boleh menggusarkan.

"Ini bukan pandemik macam Covid-19 yang berulang sehingga ada 'lock down' dan sebagainya, itu semua jangan kita bayangkan," jelasnya.

Mengenai Program Walkabout Premis BeBAs, pemeriksaan dijalankan membabitkan 30 premis di Jalan Dhoby di sini, dengan sembilan premis makanan berjaya mendapat pengiktirafan premis 'Bersih dan Selamat' (BeSS).

Dr Dzulkefly berkata, pemantauan berterusan akan dibuat bagi memastikan aktiviti menghisap shisha dan aktiviti merokok yang lain dapat dibendung dengan jayanya bagi melindungi golongan yang tidak merokok.


"Program Walkabout BeBAs ini adalah komitmen KKM terhadap kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

"Premis yang sudah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu akan diberi Pengiktirafan BeSS.

"Persekitaran yang bebas tanpa amalan merokok amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040," katanya.

Disiarkan pada: September 6, 2024

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list