View: 15223|Reply: 0
|
[Johor]
Pelajar mahu Kolej Khas Tingkatan Enam di Kluang
[Copy link]
|
|
Nuraini Nabiha Johari (kiri) dan Nur Kamilia Shazana Shazril, (tengah) Elmye Isaballe anak Elias, semuanya berusia 18 tahun pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kluang Barat menyertai program Sembang Santai Anak Muda Bersama MB di Ngepot Kabin di Kluang Johor. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Kluang: Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah diharap dapat memperjuang penubuhan kolej khas tingkatan enam di daerah ini jika terpilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota.
Nuraini Nabiha Johari, 18, berkata dia dan rakannya Nur Kamilia Shazana Shazril, 18, kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kluang Barat, di sini.
Menurutnya, ketika ini hampir 200 pelajar terpaksa bersesak dalam sebuah dewan serbaguna dan sebilangan kecil bilik darjah.
"Saya harap calon BN ini dapat tanggungjawab jaga Dun Mahkota termasuk menambah baik kemudahan sekolah seperti menubuhkan kolej khas untuk tingkatan enam supaya tak bercampur dengan pelajar di sekolah aliran perdana.
"Selama ini pelajar terpaksa menumpang dewan sekolah untuk belajar, jika ada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan besar lain, kami kena berpindah ke kelas lain yang bukan kelas tetap.
"Dewan sekolah itu adalah binaan lama di mana besi pemisah antara kelas ada yang berkarat," katanya antara ratusan anak muda menyertai program Sembang Santai Anak Muda Bersama MB di Ngepot Kabin, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Syed Hussien.
Katanya, di Kluang sahaja terdapat empat sekolah mempunyai tingkatan enam iaitu tiga berdekatan bandar Kluang dan sebuah di Simpang Renggam.
"Alangkah baik daerah ini (Kluang) dapat kolej khas tingkatan enam seperti yang wujud di Pontian," katanya yang teruja untuk membuang undi kali pertama pada 28 September ini.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata, keputusan meletakkan Syed Hussien sebagai calon sebagai bertepatan dengan aspirasi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya orang muda di Dun Mahkota.
"Alhamdulillah, saya tengok penerimaan orang-orang muda di Mahkota terhadap saudara Syed Hussien ini amat baik dan Syed Hussein pun seorang yang peramah, mesra dan bertenaga.
"Saya yakin insya-Allah jika diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat di sini, beliau akan berkhidmat dengan baik," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|