View: 14976|Reply: 0
|
[Johor]
Kerja pembersihan sisa bahan kimia mula hari ini
[Copy link]
|
|
KERJA pembersihan sisa bahan kimia dijalankan di kawasan Perindustrian Tiong Nam di Tebrau. FOTO Ihsan Exco Johor.
Johor Bahru: Kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di kawasan perindustrian Tiong Nam di Tebrau dan di kawasan perindustrian Tropika di Ulu Tiram bermula, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, ia termasuk menggali dan mengeluarkan sisa bahan kimia serta tanah yang tercemar untuk diproses mengikut prosedur ditetapkan.
Katanya, kontraktor dilantik dijangka menjalankan pembersihan itu sehingga 22 September.
"Saya berharap kejadian pencemaran sisa bahan kimia seumpama ini tidak akan berulang lagi. Pelupusan atau pengurusan sisa mesti dilakukan mengikut prosedur.
"Mana-mana individu yang sengaja membuang sisa secara sembarangan atau mencemarkan alam sekitar akan didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar yang baharu, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM10 juta, atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sebelum ini, penduduk di Taman Daya, Taman Istimewa, Taman Mount Austin, Kampung Melayu Pandan mengadu terhidu bau busuk pada awal pagi 3 September lalu.
Siasatan pihak berkuasa yang menyusuri Sungai Pandan mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada sisa kimia di Kawasan Perindustrian Tiong Nam.
Pada 5 September dan 6 September lalu, aduan bau kimia diterima daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 3 dan penduduk Kampung Plentong Baru, yang mana siasatan mendapati ia berpunca daripada pembuangan sisa kimia di kawasan Perindustrian Tropika, Ulu Tiram.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|