CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37981|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki maut dalam nahas 10 kenderaan

[Copy link]
Post time 19-9-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode


KEADAAN di lokasi kejadian di Jalan Seremban-Tampin hari ini. FOTO  HAZREEN MOHAMAD


Seremban: Seorang maut, seorang lagi parah manakala dua mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk dua lori muatan batu di Jalan Seremban- Tampin, dekat Wisma MBS, di sini, tengah hari tadi.


Komander Operasi, PBK I Hamlan Ishak berkata, lelaki berusia 40-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.


Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 1.28 petang.


"Seramai lima petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan.

"Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi, Proton Persona, Nissan Extrail, Perodua Kancil, Honda City dan Mitshubshi Triton serta dua lori membawa muatan batu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Tambahnya, setibanya di lokasi pihak bomba mendapati terdapat empat mangsa yang cedera daripada beberapa kenderaan berbeza dan seorang daripadanya maut.


"Kami mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia akibat tersepit. Mangsa dikeluarkan dengan bantuan kren sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis," katanya.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040003 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list