CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30583|Reply: 0

[Pulau Pinang] Banjir di Pulau Pinang semakin reda, tidak perlu isytihar darurat - Chow

[Copy link]
Post time 20-9-2024 01:03 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di Pulau Pinang semakin reda, tidak perlu isytihar darurat - Chow


BERNAMA





ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memantau keadaan di Padang Kota Lama. FOTO Bernama




Georgetown: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat susulan banjir di beberapa kawasan di negeri itu kerana situasi dilihat semakin reda.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, tiada keperluan untuk membuat keputusan demikian meskipun terdapat beberapa kawasan di Seberang Perai dan bahagian pulau yang mengalami ribut.

"Mesti ada kriteria tertentu...(untuk isytihar darurat). Cuaca cerah hari ini. Juga tidak sampai ke tahap itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Insentif Kejayaan Sukma XXI Sarawak 2024 di sini, malam ini.

Sementara itu, Chow turut menjelaskan bahawa banjir kilat tidak termasuk dalam kategori bagi pemberian bantuan dalam skim bantuan bencana oleh kerajaan negeri namun mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibekalkan dengan barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan peralatan.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim ketika meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi petang tadi berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk memutuskan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Sehingga 7.30 malam ini, seramai 590 mangsa banjir ditempatkan di lapan PPS selepas hujan lebat dan ribut melanda Pulau Pinang sejak tiga hari lepas yang menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir.



Disiarkan pada: September 20, 2024 @ 12:14am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135631/banjir-di-pulau-pinang-semakin-reda-tidak-perlu-isytihar-darurat-chow





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067292 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list